(Video) Dilabel Suara Emas, Khai Bahar Dapat Perhatian Stesen TV Indonesia ~ Bila Han Bercerita

Sunday, 15 May 2016

(Video) Dilabel Suara Emas, Khai Bahar Dapat Perhatian Stesen TV Indonesia

Khai Bahar Dapat Perhatian Stesen TV Indonesia


Penyanyi baru, Khai Bahar mendapat perhatian stesen televisyen Indonesia, RCTI menerusi sebuah program hiburan mereka yang berjudul Silet.

Dilabel sebagai suara emas, Khai mendapat perhatian program Silet setelah videonya yang menyanyikan semula lagu Ku Tak Akan Bersuara nyanyian asal Nike Ardila menjadi viral.

Menerusi program Silet itu juga, dua orang penyanyi Indonesia, Soimah dan Nia Daniati memuji kebolehan yang dimiliki oleh Khai.

Video Khai menyanyikan lagu Sudah Ku Tahu, Listen serta Aku dan Dirimu juga menarik perhatian program Silet dan sedutan video nyanyian Khai turut disiarkan dalam program tersebut.

Sebelum ini, video Khai menyanyikan lagu Memori Berkasih secara duet dengan penyanyi Siti Nordiana menjadi viral di laman sosial dan Khai kini telah berjaya mengikat kontrak nyanyian bersama NAR Records.

Berikut merupakan video sedutan program Silet yang disiarkan di RCTI:



sumber


Share:

0 comments:

Post a Comment

loading...

Spectacular Promotions

Blog Archive

Artikel Random

  • RUMAH SPONGEBOB,SQUIDWARD,PATRICK REAL!!
    26.01.2012 - 0 Comments
    sumber 9GAG sebenarnya tu dalam akuarium,gempak kan? LOL
  • Betul ke Bekas Isteri Jimmy Shanley Hamil Anak Haram ?
    09.05.2012 - 0 Comments
    SHAH ALAM – Pengacara Jimmy Shanley memberitahu Mahkamah Rendah Syariah hari ini bahawa isterinya,…
  • COOL :
    26.10.2014 - 0 Comments
    Sekiranya anda pandang buat kali pertama, anda mungkin tidak akan perasan bahawa sebenarnya terdapat satu…
  • Bayi 2 Bulan Hampir Kehilangan Ibu Jari Selepas Rambut Ibu Terlilit Tanpa Disedari
    07.04.2017 - 0 Comments
    Seorang bayi berusia dua bulan di China hampir kehilangan ibu jari di tangan kirinya selepas dililit oleh…
  • Tips : Tanda-tanda Seseorang Yang memiliki Saka
    25.01.2013 - 0 Comments
    Saka adalah jin yang berada dalam tubuh manusia yang sudah sekian lama hingga menjadi sebati dengan…