7 Kelebihan Hubungan Seks Buat Wanita Dari Aspek Kesihatan ~ Bila Han Bercerita

Wednesday, 25 January 2012

7 Kelebihan Hubungan Seks Buat Wanita Dari Aspek Kesihatan

manfaat hubungan seks buat wanita, kelebihan seks

Semua orang tahu bahawa hubungan seks memberikan banyak manfaat kepada kepada pasangan yang sudah berumahtangga. Selain dituntut sebagai pelengkap hubungan suami isteri, hubungan seks juga dapat memberikan manfaat dari aspek kesihatan, fizikal dan mental. Petua kali ini memberikan kelebihan-kelebihan yang diperolehi oleh kaum wanita daripada hubungan seks.


Kelebihan Hubungan Seks Untuk Wanita


1.Seks Menjadikan Wanita Kelihatan Lebih Cantik
Hal ini telah dibuktikan secara saintifik dimana wanita yang kerap melakukan hubungan seks akan menghasilkan hormon yang dapat membuatkan kulit menjadi halus dan rambut lebih bersinar.

2.Seks Meningkatkan Kesihatan Kulit Wanita
Kajian saintifik membuktikan hubungan seks yang konsisten akan mengurangkan risiko penyakit dermatitis, ruam dan noda. Peluh yang terhasil ketika hubungan seks juga dapat membersihkan liang-liang roma wanita.

3.Seks Mengurangkan Berat Badan
Seks adalah aktiviti fizikal yang membakar kalori dengan banyak. Jadi lebih lama anda dapat berasmara bersama suami anda, lebih langsing dan cantik badan anda.

4.Seks Membentuk Otot Badan
Selain daripada membakar kalori, posisi seks yang pelbagai juga secara tidak langsung dapat membina otot dan melatih badan menjadi lebih fleksibel dan elastik.

5.Seks Menghilangkan Tekanan
Hubungan Seks membantu menghilangkan tekanan di dalam kehidupan seharian. Ini dibuktikan dari segi saintifik di mana darah mengalir dengan lebih lancar semasa hubungan seks, dan mengeluarkan endorfin, iaitu hormon yang membuatkan anda rasa gembira.

6.Seks Meningkatkan Daya Penarik Wanita
Tubuh yang aktif dengan seks akan meningkatkan penghasilan Pheromone, yang digunakan untuk menarik pasangan masing-masing.

7.Seks Menyembuhkan Sakit Kepala
Juga telah dibuktikan secara saintifik di mana hubungan seks akan mengurangkan ketegangan pada pembuluh darah di otak yang menjadi salah satu faktor anda sakit kepala.
Selepas anda membaca ini, jangan teragak-agak atau menolak apabila suami anda mengajak anda untuk melakukan hubungan seks, kerana manfaat yang didapati daripada hubungan seks dapat bukan sahaja dapat membahagiakan kehidupan rumahtangga anda, tetapi juga dapat meningkat kesihatan anda.
Share:

0 comments:

Post a Comment

loading...

Spectacular Promotions

Blog Archive

Artikel Random

  • GILA !! DIivorce Hotel, Hotel Untuk Pasangan Yang Bercerai !
    29.02.2012 - 0 Comments
    Dah bercerai, buat apa sewa hotel lagi??? kan??saje je dorang nak mengambil keuntungan…hotel ini di bina…
  • Wanita Cantik Berusia 60 Tahun Ini Berkahwin Dengan Lelaki Berusia 28 Tahun !!
    02.05.2015 - 1 Comments
    Artis China, Liu Xiao Qing tetap cantik di usianya yang ke-60 tahun. Bahkan dikhabarkan telah bernikah…
  • Cara Mudah Mengenalpasti Pek Bungkusan Milo Asli & Milo Tiruan
    18.03.2015 - 0 Comments
    Baru-baru ini kecoh dengan video penghasilan milo tiruan yang beroperasi di Mantin, Negeri Sembilan.…
  • Bill Gates hafal nombor plat kenderaan pekerja-pekerjanya
    07.03.2016 - 0 Comments
    LONDON: Pengasas Microsoft, Bill Gates mengaku seorang yang fanatik dengan kerja ketika mengendalikan…
  • Ezad Exist Didenda RM3,500, Pengawasan Polis 2 Tahun
    10.02.2015 - 0 Comments
    Bekas vokalis kumpulan Exist, Ezad Lazim dikenakan denda sebanyak RM3,500 dan pengawasan di bawah Agensi…