Guru Terkejut Ada RM30.59 Bilion Dalam Akaun Bank ~ Bila Han Bercerita

Sunday, 22 January 2012

Guru Terkejut Ada RM30.59 Bilion Dalam Akaun Bank

Guru Terkejut Ada RM30.59 Bilion Dalam Akaun Bank


Seorang guru sebuah sekolah tinggi di sini yang mempunyai gaji bulanan sebanyak AS$700 (RM2,170) terkejut apabila dalam pemeriksaan rutin dalam online yang dibuatnya mendapati akaun banknya mempunyai baki hampir AS$10 bilion (RM31 bilion).

Guru itu, Parijat Saha (gambar), 42, dari bandar Balurghat, negeri Bengal Barat berkata, dia memeriksa akaun Bank Negara India menerusi online pada Ahad lalu untuk mengesahkan penerimaan bayaran faedah sebanyak AS$200 (RM620).

“Saya terkejut melihat jumlah yang terlalu banyak,” katanya.

Akaun itu menunjukkan baki sebanyak AS$9.87 bilion (RM30.59 bilion).


Selepas pulih daripada kejutan awal kerana menjadi seorang bilionair dalam tempoh semalaman, sekurang-kurangnya di atas kertas, Saha, menyatakan dia terus menghubungi seorang rakan yang dikenalinya di bank berkenaan untuk menunjukkan ia secara jelasnya satu kesilapan perakaunan.

Bank Negara India menyatakan, ia masih tidak mengetahui dengan jelas bagaimana jumlah tersebut didaftarkan dalam akaun Saha.

“Kami cuba untuk memastikan apa yang silap,” kata seorang pengurus cawangan bank itu, Subhashish Karmakar.

“Kita telah menghubungi ibu pejabat wilayah di Kolkata dan ibu pejabat kebangsaan di Mumbai,” tambahnya. – AFP

Share:

2 comments:

  1. kalau dapat kat aku memang tak la nak pulangkan.buat2 xtau la.haha

    ReplyDelete
  2. Ala tumpang sekejap je...pastu dia pindah kat akaun lain tu..

    ReplyDelete

loading...

Spectacular Promotions

Blog Archive

Artikel Random

  • ‘Chinese Zodiac’ Merupakan Filem Terakhir Jackie Chan
    04.06.2012 - 0 Comments
    Jackie Chan telah mendedahkan bahawa dirinya akan bersara dari dunia entertain, dan ini merupakan filem…
  • Pengasas Alibaba kurang senang dikenali sebagai lelaki paling kaya di China
    16.11.2014 - 0 Comments
    Beijing: Pengasas Alibaba, Jack Ma berkata, dia tidak bahagia menjadi lelaki paling kaya di China. Dalam…
  • COOL :
    23.05.2013 - 0 Comments
    Turbospoke merupakan satu ekzos khas yang dipasangkan di basikal bagi menghasilkan bunyi ekzos seperti…
  • Selepas El nino, La nina dan jerebu pula dijangaka bakal menyusul !!
    15.05.2016 - 0 Comments
    Malaysia bakal berdepan dengan masalah jerebu ekoran cuaca panas dan kering yang berlaku di Sumatera dan…
  • Info : Bagaimana Resipi Rahsia KFC Disimpan?
    11.04.2017 - 0 Comments
    Tahukah anda, dalam dunia ini hanya 2 eskekutif KFC sahaja yang tahu resepi sebenar KFC? Mungkin anda…