Dulu Jual Air kepada Singapura Sekarang nak Jual Elektrik Pula ~ Bila Han Bercerita

Sunday, 22 January 2012

Dulu Jual Air kepada Singapura Sekarang nak Jual Elektrik Pula


Malaysia sedang meneroka cadangan untuk menjual elektrik ke Singapura, yang akan dilaksanakan menerusi inisiatif swasta, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.


Cadangan itu dikemukakan Najib kepada rakan sejawatnya dari Singapura, Lee Hsien Loong pada pertemuan sempena sesi permukiman Malaysia-Singapura, di sini, semalam.




Najib berkata, cadangan itu diterima baik Lee, malah, Singapura juga sedang mewujudkan rangka kerja berkaitan perkara itu.





“Inisiatif ini akan dilaksanakan sektor swasta dan saya percaya sektor swasta di kedua-dua negara akan menentukan apakah tahap harga yang tepat, apabila tiba masanya. Saya tidak melihat sebarang kesukaran yang besar, jika ini adalah inisiatif sektor swasta,” katanya pada sidang media bersama Lee selepas sesi pemukiman terbabit di sini, semalam.




Sesi pemukiman itu diadakan bagi membolehkan kedua-dua pemimpin meneliti perkembangan kerjasama sedia ada, di samping meneroka inisiatif baru dalam bidang berpotensi bagi mengukuhkan hubungan antara dua negara berkenaan.




Najib berkata, kedua-dua pemimpin juga bersetuju untuk melihat kemungkinan membina laluan tambahan di kedua-dua negara bagi mengukuhkan hubungan dua hala.


Katanya, ia termasuk mengkaji cadangan perkhidmatan feri antara Tuas (zon perindustrian di Singapura) dan Pelabuhan Puteri (sisiran laut di Nusajaya, Johor) serta laluan bawah tanah antara Malaysia dan Singapura.




“Kami bersetuju supaya satu kajian terperinci berhubung perkara berkenaan dilakukan, dan memberi cadangan kepada kerajaan masing-masing.


“Selain itu, kerjasama berkaitan industri penerbangan dan perkhidmatan lapangan terbang antara Lapangan Terbang Antarabangsa Senai, Johor dan Lapangan Terbang Antarabangsa Changi, di Singapura juga boleh dilaksanakan,” katanya.




Katanya, satu kajian juga sudah dilakukan untuk memberi cadangan mengenai pilihan terbaik berhubung kemudahan pengangkutan awam baru Rapid Transit System (RTS) yang menghubungkan Malaysia dan Singapura.-SUMBER
Share:

0 comments:

Post a Comment

loading...

Spectacular Promotions

Blog Archive

Artikel Random

  • Anak Jackie Chan Botakkan Rambut Simbolik Untuk Berubah
    26.02.2015 - 0 Comments
    Anak kepada pelakon Jackie Chan, Jaycee yang baru dibebaskan dari penjara akibat penyalahgunaan dadah…
  • Serius !! Nasi Ayam RM2, sirap 50 sen jadi tarikan di gerai makan ni
    12.12.2015 - 0 Comments
    DENGAN hanya berbekalkan dua 'magis' iaitu harga murah dan sajian yang enak sebuah gerai makan yang…
  • Najwa Latif Beli Kereta Perodua Myvi Tunai
    11.02.2012 - 1 Comments
    KUALA LUMPUR : Penyanyi remaja berusia 17 tahun yang menggegarkan YouTube, Najwa Latif kerana klip video…
  • Kualiti Udara Tercemar, Trend Beli Udara Segar Dari Australia Jadi Popular Di China !
    16.05.2016 - 0 Comments
    Pastilah sukar dan sesak nafas jika pencemaran udara semakin menjadi-jadi. Bagaimanalah ingin mendapatkan…
  • 8 Khasiat Air Masak
    18.01.2012 - 0 Comments
    Pakar gizi makanan telah sepakat, bahawa air masak memegang peranan utama dalam sebahagian besar program…