UMRAH MLM HARAM Pakej unsur gharar ~ Bila Han Bercerita

Thursday, 26 January 2012

UMRAH MLM HARAM Pakej unsur gharar




KUALA LUMPUR: Niat halal cara haram. Itu ungkapan paling sesuai apabila sebuah koperasi dikesan menggunakan kaedah pemasaran pelbagai peringkat (MLM) yang lazimnya diamalkan syarikat jualan langsung untuk menawarkan pakej umrah dengan harga amat murah.

Dengan modal RM1,700, koperasi terbabit mempromosi jumlah berkenaan sudah mencukupi untuk umat Islam mengerjakan umrah dengan syarat mereka perlu menaja tujuh peserta lain untuk berada di bawah mereka.

Peserta terbabit juga disyaratkan mengeluarkan modal dalam jumlah sama dan ia berturutan menjadi rantaian tanpa had, malah pakej itu juga boleh dihadiahkan kepada sesiapa saja termasuk bukan ahli skim berkenaan.

Penolong Pengarah Kanan Pusat Pengurusan Aduan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), A Mogan berkata, pihaknya melakukan siasatan terhadap kegiatan koperasi itu selepas menerima aduan orang ramai.



“Siasatan awal setakat ini mendapati kegiatan mereka itu bertentangan dengan undang-undang. Antara kesalahan paling ketara ialah mereka tidak memiliki lesen untuk menganjurkan pakej umrah seperti yang dipromosikan,” katanya ketika dihubungi. sumber
Share:

0 comments:

Post a Comment

loading...

Spectacular Promotions

Blog Archive

Artikel Random

  • RON95 Dan Diesel Dijangka Turun Bawah RM2 Seliter Mulai 1 Januari
    19.12.2014 - 0 Comments
    Harga runcit RON95 dan diesel dijangka turun di bawah paras RM2 seliter mulai 1 Januari depan, sekiranya…
  • Mahukan Anak Kembar? Makan Ubi Kayu
    15.04.2017 - 0 Comments
    Melahirkan anak merupakan impian buat pasangan yang sudah berkahwin. Malah, ada yang mendambakan anak…
  • Aaron Aziz Dikejarkan Ke Hospital
    21.01.2015 - 0 Comments
    Selasa lalu telah berlangsungnya tayangan perdana filem Suamiku, Encik Perfect 10 di GSC Pavilion dengan…
  • WAJIB TAHU : Wanita Jangan Sembur Air Paip Di Dalam Kemaluan
    18.05.2015 - 0 Comments
    JANGAN sesekali anda menyembur air paip ke dlm kemaluan.. mugkin anda beranggapan bahawa ia membersihkan…
  • Hak Eksklusif Astro Akan Tamat, Pesaing Baru Bakal Tiba
    13.12.2015 - 0 Comments
    Hak monopoli sebagai stesen TV berbayar tunggal negara, Astro akan tamat pada 28 Februari 2017. Lapor…