[FAKTA] 5 SIKAP WANITA YANG TAK DISUKAI LELAKI ~ Bila Han Bercerita

Monday, 23 January 2012

[FAKTA] 5 SIKAP WANITA YANG TAK DISUKAI LELAKI


Ada sesetengah perkara sebenarnya langsung tidak menarik perhatian lelaki. Mungkin ada wanita  yang sedar atau tidak mengenai perkara ini. Antara perkara utama yang tidak menarik perhatian lelaki adalah..

Wanita yang terdesak- Lelaki sebenarnya tidak tertarik terhadap wanita yang kelihatan terdesak dalam mencari pasangan. Ini hanya akan meningkatkan lagi ego mereka sahaja. Tidak salah untuk seseorang wanita berusaha memulakan dahulu perhubungan tetapi pastikan bahawa anda tidak kelihatan didalam keadaan yang terdesak.

Wanita yang tidak berhenti bercakap- Sekiranya anda sememangnya seorang yang suka bercerita, tiada masalah untuk meluahkan apa yang telah anda lalui terhadap pasangan. Tetapi pastikan anda bercerita pada masa dan situasi yang bersesuaian. Sekiranya tidak, ia hanya akan merungsingkan lelaki sahaja.


Tidak pandai menjaga kebersihan- Seorang wanita mungkin boleh menerima lelaki yang tidak pandai menjaga kebersihan, tetapi malangnya ia tidak untuk lelaki. Ini kerana soal kebersihan atau kecantikan lebih sinonim terhadap wanita.

Postur tubuh yang bongkok- Tahukah anda bahawa kebanyakan lelaki menggemari wanita yang memakai kasut bertumit tinggi. Apakah yang menyebabkan mereka menggemarinya? Ini kerana apabila wanita memakai kasut tumit tinggi akan menyebabkan postur tubuh mereka lebih menarik dan mengelakkan daripada membongkok.


Wanita yang mudah dipikat- Lelaki tidak suka wanita yang mereka rasakan mudah untuk dipikat. Ini kerana mereka lebih menggemari cabaran. Walaubagaimana suka perasaan anda terhadap seseorang lelaki itu, jangan sesekali menunjukkan bahawa anda mudah untuk dipikat.
SUMBER
Share:

0 comments:

Post a Comment

loading...

Spectacular Promotions

Blog Archive

Artikel Random

  • Fosil Dinosaur Iguanodintid dan Sauropod Di Jumpai Di Hulu Terengganu
    22.11.2014 - 0 Comments
    KUALA TERENGGANU: Sekumpulan penyelidik dan pensyarah beberapa universiti menemui fosil dinosaur termasuk…
  • M'sian woman steals RM52,000 from man at RWS !!
    26.02.2012 - 0 Comments
    Singapore police have arrested a 30-year-old female Malaysian who is believed to have stolen a sum of…
  • Socialmatic: Kamera Instagram Menjadi Kenyataan
    13.10.2012 - 4 Comments
    Instagram merupakan sebuah syarikat yang semakin popular dengan aplikasi mengubahsuai gambar dan…
  • Bekas Juara Tinju Muhammad Ali Dimasukkan Ke Hospital, Alami Radang Paru-Paru
    21.12.2014 - 0 Comments
    OUISVILLE: Bekas juara tinju dunia, Muhammad Ali dikejarkan ke hospital pada Sabtu akibat penyakit radang…
  • Akibat Pemananasan Global, Anjing Laut
    23.11.2014 - 0 Comments
    Isu pemanasan global bukan sahaja memberi kesan kepada perubahan cuaca sejagat dan kehidupan harian…