Sengat Ikan Pari Dikeluarkan Dari Punggung Selepas 8 Tahun ~ Bila Han Bercerita

Tuesday, 31 January 2012

Sengat Ikan Pari Dikeluarkan Dari Punggung Selepas 8 Tahun


Sengat Ikan Pari Dikeluarkan Dari Punggung Selepas 8 Tahun

DUNGUN – Derita seorang pemuda yang terpaksa menahan sakit ekoran disengat ikan pari di punggungnya sejak lapan tahun lalu, berakhir apabila sengat itu berjaya dikeluarkan melalui pembedahan di Hospital Daerah Dungun petang kelmarin.
Che Mohd. Nurul Che Anuar, 23, yang ditemui di Kampung Sura Gate di sini tidak menyangka sengat pari itu dapat dikeluarkan setelah pelbagai ikhtiar untuk mengeluarkannya sebelum ini gagal.
Katanya, dia disengat pari kira-kira lapan tahun lalu ketika duduk di Pantai Teluk Lipat di sini semasa melihat bapa saudaranya pulang daripada menangkap ikan.
Sejak itu, dia yang bekerja kampung terpaksa hidup dengan sengat pari di dalam badannya dan sakit pada saraf setiap kali melakukan kerja.
Share:

0 comments:

Post a Comment

loading...

Spectacular Promotions

Blog Archive

Artikel Random

  • Uish Betul ke Zizan Nak jadi Pelumba Kereta Pulak ?
    08.06.2012 - 0 Comments
    KUALA LUMPUR: Selepas berjaya mengukir nama sebagai pelakon, Zizan Razak berkongsi impian untuk bergelar…
  • [Fakta] : 10 Cecair Paling Mahal Di Dunia
    08.05.2017 - 0 Comments
    10. Darah Manusia - USD$1,500 per gelen Kebanyakan orang mungkin tidak menganggap nilai wang daripada…
  • COOL !! CARA PALING BERKESAN UNTUK BANGUN PAGI 2
    14.03.2012 - 0 Comments
    Okay kalau dulu Han ada bagi tips yang dikredit dari 9GAG juga.cara bangun awal yang cool.di SINI..yang ni…
  • Selalu Nampak ‘Ulat’ Ni Terbang Di Mata Anda? Baca Penerangan Ini
    04.06.2016 - 0 Comments
    Sudah pasti ramai antara kita selalu melihat objek berbentuk cacing atau ulat "tranparent" seperti ini…
  • Dua ekor harimau terlepas dari Zoo Taiping
    26.12.2014 - 0 Comments
    Seekor daripada harimau tersebut telah pun berjaya ditangkap semula menggunakan peluru penenang. Dua ekor…