Guru Terkejut Ada RM30.59 Bilion Dalam Akaun Bank ~ Bila Han Bercerita

Sunday, 22 January 2012

Guru Terkejut Ada RM30.59 Bilion Dalam Akaun Bank

Guru Terkejut Ada RM30.59 Bilion Dalam Akaun Bank


Seorang guru sebuah sekolah tinggi di sini yang mempunyai gaji bulanan sebanyak AS$700 (RM2,170) terkejut apabila dalam pemeriksaan rutin dalam online yang dibuatnya mendapati akaun banknya mempunyai baki hampir AS$10 bilion (RM31 bilion).

Guru itu, Parijat Saha (gambar), 42, dari bandar Balurghat, negeri Bengal Barat berkata, dia memeriksa akaun Bank Negara India menerusi online pada Ahad lalu untuk mengesahkan penerimaan bayaran faedah sebanyak AS$200 (RM620).

“Saya terkejut melihat jumlah yang terlalu banyak,” katanya.

Akaun itu menunjukkan baki sebanyak AS$9.87 bilion (RM30.59 bilion).


Selepas pulih daripada kejutan awal kerana menjadi seorang bilionair dalam tempoh semalaman, sekurang-kurangnya di atas kertas, Saha, menyatakan dia terus menghubungi seorang rakan yang dikenalinya di bank berkenaan untuk menunjukkan ia secara jelasnya satu kesilapan perakaunan.

Bank Negara India menyatakan, ia masih tidak mengetahui dengan jelas bagaimana jumlah tersebut didaftarkan dalam akaun Saha.

“Kami cuba untuk memastikan apa yang silap,” kata seorang pengurus cawangan bank itu, Subhashish Karmakar.

“Kita telah menghubungi ibu pejabat wilayah di Kolkata dan ibu pejabat kebangsaan di Mumbai,” tambahnya. – AFP

Share:

2 comments:

  1. kalau dapat kat aku memang tak la nak pulangkan.buat2 xtau la.haha

    ReplyDelete
  2. Ala tumpang sekejap je...pastu dia pindah kat akaun lain tu..

    ReplyDelete

loading...

Spectacular Promotions

Blog Archive

Artikel Random

  • Senarai Syarikat Yang Terima Voucher Buku 1 Malaysia
    15.01.2012 - 1 Comments
    Senarai syarikat yang menerima Voucher Buku 1 Malaysia adalah seperti berikut SAHAJA : 1. Syamoz Sdn…
  • Fahami Inggeris dengan bahasa Melayu
    24.01.2012 - 0 Comments
    IDEA Noorizah (kanan) dan Rosniah banyak membantu mereka yang berminat untuk mempelajari bahasa Inggeris…
  • Apa itu The Deep Web ?Dunia Internet Misteri Yang Anda Mungkin Tak Tahu
    08.12.2012 - 1 Comments
    The Deep Web Bagi mereka yang tidak tahu, The Deep Web merupakan sesuatu yang mewakili sebahagian besar…
  • GILA LAH !! JANDA BERUSIA 116 TAHUN TERINGIN NAK KAHWIN LAGI !
    04.03.2012 - 1 Comments
    MASIH SIHAT... Puan yang berusia 116 tahun bersama anak, cucu dan cicitnya ketika program Jalinan Mesra…
  • Mahukan Anak Kembar? Makan Ubi Kayu
    15.04.2017 - 0 Comments
    Melahirkan anak merupakan impian buat pasangan yang sudah berkahwin. Malah, ada yang mendambakan anak…