Berang Kena Tanggung Hutang RM176 Juta,Johnny Depp Saman Pengurusnya ~ Bila Han Bercerita

Tuesday, 2 May 2017

Berang Kena Tanggung Hutang RM176 Juta,Johnny Depp Saman Pengurusnya

Berang Kena Tanggung Hutang RM176 Juta,Johnny Depp Saman Pengurusnya

Pelakon sensasi, Johnny Depp memfailkan saman terhadap bekas syarikat pengurusannya iaitu The Management Group (TMG) sebanyak AS$25 juta atau kira-kira RM110 juta atas dakwaan kecuaian dan membuat penyataan palsu.

Johnny turut mendakwa TMG yang dimiliki oleh pasangan adik-beradik Joel Mandel dan Rob Mandel gagal memfailkan cukai pendapatannya tepat pada masanya selain mengambil pinjaman dengan faedah tinggi.

Memetik laporan Daily Mail, Johnny kini dikatakan menanggung hutang sebanyak AS$40 juta (RM176 juta) gara-gara dirinya gagal menguruskan kewangannya dengan baik

Bagaimanapun TMG dalam satu kenyataan pula memberitahu sikap boros dan kehidupan mewah aktor itu menjadi punca Johnny mengalami masalah kewangan.

Dalam pada itu, Johnny, 53, ketika diminta mengulas mengenai sikap borosnya berkata, dia berhak untuk membelanjakan wang hasil titik peluhnya.

"Saya bekerja keras setiap hari sepanjang karier saya dan percaya ramai orang disekeliling saya tetapi nampaknya mereka mempergunakan dan mengecewakan saya," katanya


sumber


Share:

0 comments:

Post a Comment

loading...

Spectacular Promotions

Blog Archive

Artikel Random

  • TREN LEGOLAND YANG BARU DIBINA DI JOHOR TERBALIK
    17.09.2012 - 0 Comments
    Sempena pembukaan legoland di Johor, ini ada perkhabaran buruk  yang diterima apabila tren@keretapi…
  • Syiling Emas Seberat 100Kg Telah Dicuri Secara Misteri
    16.04.2017 - 0 Comments
    Pernah tengok filem Italian Job, Ocean Eleven dan seumpama dengannya? Ia mengisahkan sekumpulan perompak…
  • Zed Zaidi Malu Dimaki Depan Isteri
    14.03.2012 - 1 Comments
    KUALA LUMPUR, 12 MAC 2012: Perjuangan Timbalan Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), Rozaidi…
  • COOL !! MEMANAH MENGGUNAKAN KAKI
    03.03.2012 - 0 Comments
    santai petang Hari :) nak tahu kehebatan dia?Google lorh.dahsyat pompuan ni.kena tepat.woo
  • Kawah Ijen : Kawah Gunung Berapi Yang Mengeluarkan Asap dan Larva Berwarna Biru
    14.05.2017 - 0 Comments
    Kawah Ijen adalah salah satu daripada beberapa gunung berapi yang terletak di dalam lingkaran yang disebut…