Digantung Kerja, Juruterbang Didapati Tidur Dalam Pesawat Sebaik Saja Berlepas ~ Bila Han Bercerita

Tuesday, 9 May 2017

Digantung Kerja, Juruterbang Didapati Tidur Dalam Pesawat Sebaik Saja Berlepas

pilot sleep

Seorang penumpang dikatakan sempat mengambil gambar ketua juruterbang Syarikat Penerbangan Antarabangsa Pakistan yang dikenali sebagai kapten Amir Akhtar Hashmi yang kelihatan sedang tidur nyenyak dalam pesawat. 

Memetik laporan akhbar Pakistan, Dawn, gambar yang diambil itu pada 26 April yang lalu, jelas kelihatan kapten Hashmi tidur di kerusi 'business class' sebaik sahaja berlepas dari Islamabad ke London.

Menurut pramugari yang bertugas, rata-rata penumpang merungut mereka berasa tidak selamat berada di ketinggian 30,000 kaki apabila kelihatan kapten Amir Akhtar Hashmi sedang tidur.


pilot sleep in the plane

Difahamkan, tidak lama kemudian, gambar yang diambil itu tersebar meluas di semua media sosial dan tindakan ketua juruterbang itu terus dikecam. 

Ketua juruterbang itu yang juga bekas Presiden Persatuan Juruterbang Syarikat Penerbangan Antarabangsa Pakistan dilaporkan digantung kerja sementara menunggu siasatan dijalankan berhubung isu tersebut. 

Ia bukan sesuatu yang luar biasa untuk juruterbang berehat sementara untuk penerbangan jarak jauh, namun ia biasanya dilakukan di dalam kabin kecil terletak di belakang kokpit, jauh dari pandangan penumpang.


sumber


Share:

0 comments:

Post a Comment

loading...

Spectacular Promotions

Blog Archive

Artikel Random

  • Wanita Ni Mandi Buat Pertama Kalinya Selepas 30 Tahun Trauma
    04.08.2016 - 0 Comments
    Trauma buat kita takut lakukan sesuatu yang pernah kita lakukan suatu masa dahulu. Ada orang trauma untuk…
  • Kisah Sedih Jep Sepah Sebelum Bergelar Pelawak
    27.07.2013 - 0 Comments
    Mohd Nadzri Zainal Abidin atau Jep Sepah menceritakan keperitan hidupnya sebelum begelar pelawak satu…
  • ALLAHUAKBAR !! Treler Melayang Dipukul Puting Beliung
    08.04.2012 - 0 Comments
    DALLAS, Amerika Syarikat (AS) - Sebuah treler melayang semasa puting beliung melanda kawasan…
  • Petua Menjaga Kesihatan Mata
    19.09.2012 - 0 Comments
    1. Setiap kali mandi atau berwudhu, pastikan jangan pejamkan mata semasa air melalui mata anda,…
  • Isteri tuntut cerai kerana suami tidak solat
    09.05.2016 - 0 Comments
    Gambar Hiasan RIYADH - ARAB SAUDI. Seorang wanita Arab Saudi menuntut diceraikan suaminya, sesudah lima…