Buah Letup Ini Dijual Pada Harga RM3,000 Sekilogram ! ~ Bila Han Bercerita

Monday, 15 May 2017

Buah Letup Ini Dijual Pada Harga RM3,000 Sekilogram !

Passiflora foetida, Physalis angulata expensive

Buat anda yang lahir di era 90-an, dibesarkan di desa dan kampung, buah ini merupakan buah yang boleh banyak didapati dengan mudah.

Buah letup atau dengan nama saintifik, Physalis Angulata ini boleh didapati di pelbagai tempat di Asia Tenggara, terutama di kebun atau di kawasan tanah sawah.

Namun, siapa sangka, buah kecil ini sekarang mempunyai nilai harga yang sangat tinggi sehingga dijual pada harga Rm3,000 sekilogram.

Memetik Livestrong.com, buah letup ini mengandung Vitamin A yang sangat tinggi. 100 gram buah ini mengandung 720 unit vitamin A. Angka itu bererti mampu memenuhi 14 peratus keperluan vitamin dalam tubuh kita dalam sehari.

Vitamin A baik buat tubuh badan kita. Untuk kesihatan mata, kulit dan kekebalan tubuh.

Selain itu, buah ini juga kaya vitamin C. Vitamin ini diperlukan bagi tubuh untuk menyerap zat besi dan membantu dalam pembentukan kolagen.

Vitamin C juga membuat tulang kita kuat, otot, tulang rawan dan pembuluh darah yang sihat. Jika diet menggunakan vitamin C dapat membantu melawan infeksi dan mencegah penyakit seperti selsema biasa.

Turut boleh mengubati diabetes, untuk 1 gram buah letup mengandung 53 kalori dan satu gram lemak.

Memang jauh sekali dari anggapan ramai, buah ini biasanya dikatakan oleh orang tua-tua tidak boleh dimakan. Malah, jika muncul tanaman itu di kebun atau sawah, malah ditebas dan dibuang.

Lihat gambar buah letup yang dijual di sebuah pasar raya di negara jiran di bawah ini.

buah letup mahal, Passiflora foetida, Physalis angulata

Tidak dapat dipastikan dan tiada keterangan lanjut di pasar raya yang mana buah letup itu dijual, namun tersangatlah jelas tertera dijual pada harga Rp 30.957 sebungkus dengan berat 60 gram di Indonesia.


sumber


Share:

0 comments:

Post a Comment

loading...

Spectacular Promotions

Blog Archive

Artikel Random

  • KUALA LUMPUR DAHULU DAN KINI YANG MENGGAMIT MEMORI
    23.01.2012 - 0 Comments
    Jalan Bukit Bintang ( DULU ) Jalan Bukit Bintang ( SEKARANG ) Bangunan Sultan Abdul Samad (…
  • Tips Dan Panduan Memilih Jodoh
    11.02.2012 - 0 Comments
    Mencari pasangan hidup bukan mudah. Pasangan hidup maknanya pasangan untuk hidup bersama, bukan…
  • PERGH : 'Pengurus palsu' larikan kamera bernilai RM51,694
    13.05.2012 - 0 Comments
    BEE HOCK (kanan) dan Michael menunjukkan salinan laporan polis berhubung kecurian kamera di Kuala Lumpur…
  • Betul ke Bekas Isteri Jimmy Shanley Hamil Anak Haram ?
    09.05.2012 - 0 Comments
    SHAH ALAM – Pengacara Jimmy Shanley memberitahu Mahkamah Rendah Syariah hari ini bahawa isterinya,…
  • 604 Pelatih PLKN Tidak Boleh Bercakap Bahasa Melayu
    28.10.2014 - 0 Comments
    Seperti tidak percaya bagaimana calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) boleh lulus peperiksaan itu…