Doktor Sahkan Ayumi Hamasaki Sudah Pekak 100% ~ Bila Han Bercerita

Thursday, 25 May 2017

Doktor Sahkan Ayumi Hamasaki Sudah Pekak 100%

para para dance deaf

Bintang pop terkenal Jepun, Ayumi Hamasaki disahkan tidak mampu mendengar lagi sepenuhnya tidak lama lagi.

Ayumi Hamasaki diketahui tidak boleh mendengar melalui telinga kirinya sejak tahun 2008 kerana jangkitan pada telinganya bermula tahun 2000. Semenjak itu artis dengan rekod jualan album solo tertinggi sepanjang zaman Jepun dinasihatkan oleh doktor untuk mengehadkan aktiviti seninya untuk mengelakkan persekitaran yang bising.

Doktor juga meminta selebriti tersebut untuk perbanyakkan rehat untuk memulihkan jangkitan yang dialami serta mengelakkan Ayumi hilang keupayaan untuk mendengar secara total. Walaubagaimanapun ratu pop berusia 38 tahun itu terus mengadakan persembahan untuk para peminatnya.

Melalui kemaskini terbaru di blog miliknya, Team Ayu, dua hari lalu Ayumi Hamasaki akhirnya mendedahkan berita sedih mengenai kondisi pendengarannya.

Selepas melalui beberapa siri ujian, doktor mengesahkan Ayumi Hamasaki tidak akan mampu mendengar melalui kedua-dua telinganya dan akan hilang penderangan secara penuh akibat daripada aktiviti seni Ayumi yang terdedah dengan bunyi yang terlampau kuat.

"Saya tidak berapa ingat perjalanan pulang ke rumah selepas itu. Saya cuma terfikir bagaimanakah nanti saya, sebagai seorang penyanyi, mahu meneruskan karier dengan dua telinga yang tidak berfungsi lagi. Saya juga berasa seolah-olah berada dalam kegelapan," kata Ayumi melalui penulisannya di blog tersebut.

Tetapi berita ini masih tidak mampu membuatkan Ayumi berhenti.

"Pentas itu adalah tempat saya. Di situ sajalah saya berasa benar-benar wujud. Saya tidak tahu mengenai perkara lain. Tidak guna kita risaukan akan perkara yang belum lagi berlaku."

ayumi hamasaki penyanyi pekak

"Saya akan terus mendengar, walaupun tanpa kedua-dua telinga. Saya akan terus maju kehadapan, walaupun saya tidak lagi mampu berjalan. Saya tidak akan sesekali meminta simpati dan belas ihsan. Saya akan terus yakin dan melangkah sehingga hembusan nafas terakhir"

Benarlah cakap orang, jika kita mempunyai minat yang mendalam terhadap apa yang kita lakukan. Tiada apa pun yang dapat menghalang kita kecuali maut datang menjemput.

Oh ya, kami mahu belanja satu video lagu Ayumi Hamasaki yang pernah mewarnai kehidupan rakyat Malaysia beberapa tahun lalu. Enjoy!



sumber

Share:

0 comments:

Post a Comment

loading...

Spectacular Promotions

Blog Archive

Artikel Random

  • MEGAUPLOAD FILE-SHARING SITE SHUT DOWN !!
    20.01.2012 - 0 Comments
    Megaupload charged users a fee to upload large files anonymously Megaupload, one of the internet's…
  • Fakta : Enjin Roket Apollo F-1 Ditemui Di Dasar Laut Atlantik
    09.04.2017 - 0 Comments
    Sebuah projek bersejarah angkasa lepas yang diketuai dan dibiayai oleh pengasas Amazon.com, Jeff Bezos…
  • 6 Penyebab Malas Belajar
    24.01.2012 - 0 Comments
    Belajar adalah kewajipan seorang pelajar, hidup tanpa belajar bagaikan raga tanpa jiwa. Tetapi, masalah…
  • GEMPAR!! Deejay Ikim FM Meninggal Dunia Akibat Kemalangan
    16.02.2012 - 0 Comments
    KUALA LUMPUR: Juruhebah Radio Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) Abdul Razak Arbain meninggal dunia…
  • Lagu Rasmi Hari Kemerdekaan Ciplak Lagu Kristian?
    05.08.2012 - 0 Comments
    Hello semua,ok semua org tahu sekarang ni logo dan juga lagu kemerdekaan kita menjadi isu.sebelum tu aku…