Kisah Seram Hello Kitty Bukan Seekor Kucing! ~ Bila Han Bercerita

Monday, 8 May 2017

Kisah Seram Hello Kitty Bukan Seekor Kucing!


fact about hello kitty, anime, japan kitty white

Barangkali semua orang kenal dengan Hello Kitty. Watak kartun yang terkenal dengan kecomelan iras-iras kucing dipadankan pula dengan pakaian yang berbeza-beza. Tetapi apa yang lebih mengejutkan ialah sejarah terhasilnya Hello Kitty dan kisah seram yang berlindung disebalik wajah comel tersebut. Pasti anda terkejut dengan misteri karakter ini.

Mengikut lagenda, patung iras kucing ini telah dihasilkan pada tahun 1970 oleh seorang wanita cina. Wanita ini mempunyai seorang anak perempuan yang berumur 14 tahun dan telah didiagnos dengan penyakit kanser mulut.

devil kitty, hello kitty cute is devil, anime kitty, kitty white

Doktor telah memberitahu ibunya bahawa tiada apa yang boleh dilakukan lagi untuk merawat anaknya kerana keadaan anaknya yang tenat. Wanita tersebut sangat sedih dengan berita tersebut dan sanggup melakukan apa sahaja demi menyelamatkan anak perempuannya.

Akibat terlalu mengikut perasaan, wanita ini telah berjumpa bomoh untuk melakukan perjanjian dengan syaitan bagi menyelamatkan anaknya. Anaknya berjaya disembuhkan tetapi wanita tersebut harus menepati janjinya iaitu menghasilkan sebuah patung yang berfungsi untuk membuatkan syaitan tersebut bertambah kuat. Maka terhasil lah Hello Kitty!

Namun kisah itu hanyalah kisah yang diceritakan dari mulut ke mulut namun tidak siapa pun yang dapat memastikan kesahihannya. Walaubagaimanapun, karakter Hello Kitty yang dicipta tanpa mulut dikatakan adalah simbol kanser mulut yang dihidapi anak wanita tersebut.


Fakta yang lebih mengejutkan tentang Hello Kitty, adalah pembunuhan kejam yang berlaku pada tahun 1999 di Hong Kong. Kes tersebut diklasifikasikan pembunuhan brutal kerana wanita tersebut telah dibunuh dengan kejam. Seeorang wanita telah diculik dan diseksa di sebuah apartment dan meninggal dunia sebulan selepas dia diculik.

kitty cat history, kitty white, anime kitty


Tiga orang lelaki telah merogol dan membunuh wanita tersebut, selepas itu kepalanya telah dipenggal dan apa yang lebih memilukan kepalanya telah disumbat kedalam patung kepala Hello Kitty. Semua anggota badan telah disembunyikan , hanya tengkorak, sebatang gigi dan beberapa organ dalaman dijumpai.

Oleh itu, kes tersebut telah menjadi sangat sensasi ketika itu dan digelar pembunuhan Hello Kitty dan merupakan kes keempat pembunuhan paling kejam di HongKong ketika itu. Kesimpulannya, disebalik wajah comel Hello Kitty, terlakar sejarah hitam dan juga fakta yang menakutkan tentang karakter tersebut. Apa yang pasti Hello Kitty bukanlah seekor kucing , ia merupakan makhluk asing dan ada juga mengatakan ia merupakan seorang budak perempuan.

sumber

Video :




Share:

0 comments:

Post a Comment

loading...

Spectacular Promotions

Blog Archive

Artikel Random

  • Minuman Tin Pepsi Yang Berharga $1,600 Yang Disimpan Dari Tahun 1997
    25.01.2013 - 0 Comments
    Di eBay.com ketika ini, ada sebuah produk yang masih belum terjual iaitu Pespsi Diet edisi Spice Girls…
  • Video Penuh Pergaduhan Mak Kau Hijau Bapak Kau Hitam
    08.06.2015 - 0 Comments
    Baru2 ni viral video pergaduhan budak2 kecik yang bergaduh mencarut2 di padang permainan..dan ramai yang…
  • Kehebatan Shaolin Sebenar
    24.01.2012 - 1 Comments
    Kungfu Shaolin adalah salah satu seni bela diri yang sangat terkenal dan sangat disukai oleh kebanyak orang…
  • Antonov 225, Pesawat Terbesar Dunia Mendarat Di KLIA
    15.05.2016 - 0 Comments
    Seperti yang dilaporkan dalam media semalam, pesawar terbesar dunia, Antonov 225 telah selamat mendarat…
  • COOL !! Ustaz Azhar Idrus Main Angry Bird
    02.03.2012 - 1 Comments
    Assalamualaikum, mesti ramai dah kenal bukan siapa ustaz Azhar Idrus ni? kalau ustaz ni buat…