Masihkah Anda Ingat Gadis Shell? Kini Dia Kembali Setelah Lama Menghilangkan Diri ~ Bila Han Bercerita

Wednesday, 24 May 2017

Masihkah Anda Ingat Gadis Shell? Kini Dia Kembali Setelah Lama Menghilangkan Diri

shell dynaflex

MASIH ingatkan lagi anda dengan fenomena 'gadis Shell' yang memeranjatkan ramai orang satu ketika dahulu?

Dahulu, Shell muncul dengan idea kreatif menggunakan gambar yang dilekatkan di belakang pam minyak menyebabkan ramai orang terperanjat.

Kemudiannya,  kelibat gadis tersebut hilang dan digantikan pula dengan tanda 'Maaf jika terkejut'.

Kini kembali dengan cara pemasaran yang sama, 'gadis Shell' tersebut nyata lebih berani apabila menunjukkan lebih banyak tubuh badannya berbanding sebelumnya.

Bagaimanapun, kemunculan semula beliau disambut baik oleh netizen yang rata-ratanya mengatakan rindu untuk 'dikejutkan' olehnya.

Seorang pengguna Facebook Youyoon Armani berkongsi kisah beliau mengenai 'gadis Shell' ini.

"Tadi sis isi minyak, ada 'gadis Shell' baru lalu berkata di dalam hati ' oh..guna marketing method sama'.

"Kemudian, rakan pula telefon kata 'perempuan' tu dah ada balik, sebelum ni dah tiada," tulisnya.

awek shell, shell dynaflex

Sementara itu, pengguna Facebook, Wan Dean Hj Ismail pula turut mendakwa terkejut dengan kemunculan iklan 'gadis Shell' ini.

"Dia kembali lagi, sebelum ini iklan pasal nak bagi air, lepas itu jadi 'hollow girl' sekejap dan sekarang muncul di tengah-tengah mesin untuk iklan lain pula.

"Siap puji kita lagi tau, terkejut abang tadi. Hehehe," tulisnya pula.

Bagi Fazeli Ftc pula, dia memuji kaedah promosi yang digunakan Shell.

"Terperanjat saya pagi ini, 'gadis Shell' kembali. Sebelum ini gambar lain tetapi sekarang sudah satu badan.

"Apa pun terbaik Shell sebab menggunakan kaedah promosi yang jimat dan menguntungkan, tular dari mulut ke mulut, satu kaedah sistematik pemasaran yang menjimatkan kos," tulisnya.

sumber


Share:

0 comments:

Post a Comment

loading...

Spectacular Promotions

Blog Archive

Artikel Random

  • Zizan Razak Tampil Perjelas Isu Hubungannya Bersama Emma Maembong
    22.12.2014 - 0 Comments
    Pelakon dan pelawak Zizan Razak menyangkal dakwaan hubungannya dengan aktres Emma Maembong sudah berakhir…
  • GILA !! Guru wanita patah hidung ditumbuk pelajar
    29.02.2012 - 1 Comments
    Guru retak hidung ditumbuk murid tingkatan dua sebuah sekolah di Kangar KANGAR: Seorang pelajar…
  • COOL !! CARA PALING AWESOME UNTUK INGAT PASSWORD
    10.03.2012 - 1 Comments
    nak tahu apa CARA nya?tengok bawah.it is quite brilliant kan?hehe -9GAG
  • Pergh tambang teksi RM459 untuk perjalanan 3km
    27.04.2012 - 0 Comments
    Sekitar Jalan Imbi di Kuala Lumpur KUALA LUMPUR – Dua pemandu teksi didenda antara RM400 hingga…
  • GILA : RM50,000 Hangus Dalam Ketuhar
    28.07.2012 - 0 Comments
    SYDNEY – Seorang lelaki mendapat pengajaran pahit kerana kesilapannya menyembunyikan wang di tempat…