Gelanggang Futsal Yang Penuh Kehijaun Di Sabah ~ Bila Han Bercerita

Sunday, 28 May 2017

Gelanggang Futsal Yang Penuh Kehijaun Di Sabah

padang bola hijau sabah

Imej pemandangan menakjubkan sebuah gelanggang futsal di kawasan pendalam Sabah, yang dirakam menggunakan "drone",menjadi viral selepas dipaparkan di halaman facebook HarimauMalaya.

Padang futsal tersebut dikelilingi warna kehijauan, sekaligus menjadikan pemandangan disekitar kawasan itu menjadi begitu unik dan seolah-olah berada di alam fantasi.

Imej tersebut dilaporkan dihantar oleh seorang guru dari SK Logongon Nabawan, Sabah. Menurut guru terbabit, padang futsal itu sengaja dibiarkan dikelilingi daun-daun hijau namun dalam masa sama kebersihan kawasan itu sentiasa dijaga.

Menurut guru tersebut,dari Keningau, dia perlu melalui jalan balak selama 2 jam menggunakan kenderaan 4x4 dan perlu mengharungi sungai selama 1 jam untuk ke gelanggang futsal ini.

Manakala murid-murid dari sekolah SK Logongon pula, perlu menyusuri jalan berbukit dan mengambil masa perjalanan sejauh 15 minit sebelum boleh sampai ke gelanggang futsal yang kelihatan seperti sebuah tasik di "lautan hijau". Nabawan terletak kira-kira 70km dari Keningau.


P/s: woahh.baru sedap mata memandang, alam semulajadi pon terjaga


Share:

0 comments:

Post a Comment

loading...

Spectacular Promotions

Blog Archive

Artikel Random

  • Inilah Rumah Hantu Yang Terbesar Dan Menakutkan Di Dunia
    04.12.2012 - 0 Comments
    Rumah hantu yang terletak di negara matahari terbit iaitu Jepun ni telah diakui oleh Guiness Book of…
  • (5 Gambar) iPhone Yang Ditemui Dalam Keadaan Beku Selama 1 Bulan Ini Masih Boleh Digunakan
    21.11.2014 - 3 Comments
    Pemilik iPhone ini telah kehilangan gajetnya semasa menempuh cuaca ribut pada waktu malam minggu pertama…
  • 5 Gambar : Basikal tanpa pedal
    25.08.2016 - 0 Comments
    Basikal yang diilhamkan oleh Jeff Tiedeken ini diberi nama sebagai "Gravity Bike" kerana ia tidak…
  • Lelaki wajib tahu : 9 punca masalah kemandulan
    18.06.2012 - 0 Comments
    Mengikut kajian terdapat beberapa kes kemandulan berkait rapat dengan masalah kesihatan selain juga tidak…
  • Pergh ! Ikan Kerapu 200kg terperangkap dalam pukat nelayan
    22.11.2014 - 0 Comments
    BINTULU-Penat bertarung selama dua jam sebelum berjaya mendaratkan ikan kerapu seberat 200 kilogram (kg)…