(Video) Atasi Masalah Lebihan Kulit Dengan Cuka ~ Bila Han Bercerita

Saturday, 13 May 2017

(Video) Atasi Masalah Lebihan Kulit Dengan Cuka

skin tags solution with apple cider vinegar

Cuka epal atau apple cider vinegar (ACV) adalah salah satu bentuk penyediaan terbaik daripada buah epal. Ia terhasil sejak zaman purba lagi dan digunakan dalam masakan serta perubatan.

Terdapat pelbagai jenama cuka epal di pasaran dan sebaik-baiknya pilihlah yang mengandungi ibu cuka. Kandungan asid asetik dan air dalam cuka dihasilkan melalui proses penjerukan atau fermentasi etanol oleh bakteria asid asetik.

Menurut pakar, Dr Doug Willen yang juga dikenali sebagai The Health Fixer, satu lagi cara atau proses yang boleh digunakan untuk menghapuskan skin tags (lebihan kulit) yang biasa ada di leher, celah ketiak, bawah mata adalah dengan bantuan cuka epal.

Medicine Net menjelaskan skin tags merupakan perkara yang biasa dan tidak merbahaya. Menghilangkan skin tags boleh berlaku dalam pelbagai bentuk, ada yang melibatkan teknik khusus yang dilakukan oleh ahli dermatologi.

Dalam video di bawah, Willen menjelaskan bagaimana menggunakan cuka epal membantu untuk menghilangkan skin tags. Anda hanya perlu meletakkan cuka epal di kawasan yang terlibat, urut perlahan-lahan, lakukan rawatan berulang kali. Dari semasa ke semasa, anda boleh lihat skin tags mula hilang.




Share:

0 comments:

Post a Comment

loading...

Spectacular Promotions

Blog Archive

Artikel Random

  • WOW !! Iklan Kamera CCTV Dari Indonesia Yang Kreatif
    26.04.2012 - 0 Comments
    iklan yang awesome lol.very creative maa sumber
  • Petua Untuk Mematahkan Sihir
    07.10.2012 - 0 Comments
    Pilihan 1: Sentiasa berada dalam wuduk sepanjang hari. Selagi kita dalam berwuduk selagi itulah sihir…
  • COOL !! alat anti rogol yang terkini
    02.03.2012 - 6 Comments
    Ini ada berita baik untuk kaum wanita sekalian, mungkin lepas ni kes-kes rogol yang dok mencanak naik…
  • Woman to be lashed for breaking Saudi Arabia's ban on women drivers
    26.02.2012 - 1 Comments
    Saudi activists say a court has sentenced a Saudi woman with 10 lashes for defying the kingdom's ban on…
  • Pakar analisis pelaburan meramalkan Facebook akan lenyap dalam 8 tahun ?
    13.06.2012 - 0 Comments
    KEJATUHAN nilai saham Facebook akibat apungan pasaran saham syarikat barangkali menunjukkan perkara yang…