Video : Berang Suami Curang, Wanita Telan Wang AS$7,000 ~ Bila Han Bercerita

Sunday, 7 May 2017

Video : Berang Suami Curang, Wanita Telan Wang AS$7,000

sumi curang wanita makan duit, women swallowed money, cheat husband consiquences, eat money

BOGOTA – Seorang wanita nekad menelan wang kertas berjumlah AS$7,000 (RM30,280) hanya kerana mahu menyembunyikan not tersebut daripada suaminya yang dipercayai curang.

Mirror. co melaporkan, wanita warga Colombia, Sandra Milena Almeida menelan gulungan wang kertas AS$100 (RM433) itu kerana marah selepas bertengkar dengan suaminya.

Doktor dari rantau Amerika Selatan yang melakukan pembedahan mengeluarkan wang berkenaan berkata, wanita berusia 30 tahun itu menelan kira-kira 57 keping not 100 dolar.

Wang tersebut merupakan hasil jualan beberapa perkakas elektrik di rumahnya yang akan digunakan untuk pergi bercuti bersama-sama dengan suami.

Tetapi selepas menyedari suaminya curang, Almeida mengambil keputusan untuk meninggalkan lelaki itu dan menelan semua wang berkenaan dalam usaha untuk menyembunyikannya.

Pengarah Unit Pembedahan Hospital Universiti Santander, Juan Paulo Serrano berkata kebanyakan wang terbabit dikeluarkan daripada perut, manakala selebihnya melalui usus besar.

Jelasnya, tindakan wanita itu menelan wang terbabit tanpa dibaluti plastik disifatkan sebagai tindakan terdesak.


sumber

P/s; kesian la hai, kalau hati tengah sakit bercampur marah memang mendorong kepada perlakuan yang tak dapat difikir oleh akal.


Share:

0 comments:

Post a Comment

loading...

Spectacular Promotions

Blog Archive

Artikel Random

  • Teh
    15.05.2016 - 0 Comments
    Fujian, China: Membelanjakan wang AS$10,000 (RM40,200) untuk seteko teh mungkin kedengaran…
  • Pemilik lamborghini ini ditahan gara-gara meletakkan beruang gergasi di atas keretanya
    20.11.2015 - 0 Comments
    Kesian betul dengan nasib seorang pemandu kereta sport di China kerana telah ditahan oleh polis tatkala…
  • Hole-y: Kasut Yang Dilengkapi
    09.05.2017 - 0 Comments
    Kasut berpenghawa dingin keluaran syarikat Chiyoda ini menggunakan konsep yang sama seperti terdapat pada…
  • Black Mentor dilarang buat persembahan di Kelantan
    18.01.2012 - 0 Comments
    PETALING JAYA: Juara Mentor musim ketiga, Black atau nama sebenarnya Hanifah Md. Hanafiah, tidak berkecil…
  • Bahaya bekam tidak bersih !!
    18.01.2012 - 0 Comments
    Berbekam itu bagus kerana itu sunnah yg ditunjukkan nabi,malangnya zaman…