Apa itu iPhoneography ? ~ Bila Han Bercerita

Sunday, 22 January 2012

Apa itu iPhoneography ?




Apa bendanya iPhoneography ni? Makanan ke, ubat ke? Haha. Rasanya dengan dengar nama ni je mesti dah ada yang boleh agak kan. Sebenarnya "iPhoneography" ni adalah 1 term baru yang digunakan dalam seni photography. Buat pengetahuan korang, Iphoneography adalah salah 1 seni menangkap gambar menggunakan telefon pintar "Apple iPhone".

Kalau nak diikutkan benda ni menjadi 1 trend yang sangat hebat kat belah Europe dan US. Tapi kat Malaysia ni masih kurang lagi yang berjinak2 dengan iPhonegraphy ni. Mungkin disebabkan kos nak beli phone tu sendiri agak tinggi, sebab tu tak ramai yang cuba tu.

Best sangat ke tangkap gambar guna iPhone ni ?

Pada pandangan mata kasar, memang benda ni nampak biasa dan remeh. Yelah, tangkap gambar guna phone je pon. Orang lain pon ada phone kamera lagi canggih. Siap pixel lagi tinggi lagi dari iPhone. Tapi apa yang membuatkan dia menarik adalah part editing process. Untuk mendapatkan sesuatu gambar yang diketegorikan sebagai "iPhonegraphy" gambar tu mestilah diedit 100% menggunakan iPhone tu sendiri. Walaupau edit guna phone je, tapi kualiti yang dihasilkan mampu menandingi gambar mereka2 yang tangkap gambar menggunakan DSLR.

Antara salah satu faktor yang menjadikan iPhoneography ni menarik adalah disebabkan Apps2 photography yang ditawarkan dalam Apps store. Terdapat beribu2 apps yang boleh diguna pakai untuk membuat editing ataupun menagkap gambar. So dengan sekali tekan je korang mampu dapatkan gambar yang sangat menarik dengan efek2 yang cantik. Kat bawah ni antara apps2 yang boleh digunakan untuk menagkap gambar dan meletakkan efek2 yang korang nak.



kredit photo:ezhan.blogspot

Bukan setakat apps sahaja yang menarik, tambahan lagi sekarang ni ada pelbagai jenis aksesori yang super duper awesome untuk korang gunakan sewaktu menangkap gambar. Yang paling best sekali siap ada extension untuk sambungkan lens DSLR tu. Gila power kan. Kat bawah ni antara aksesori2 yang boleh didapati di pasaran.


Dah tengok apps. Aksesori pon kita dah tengok. So, kita tengoklah pulak antara gambar2 yang mampu dihasilkan dari telifon pintar ni. Bawah ni antara contoh gambar dari iPhoneographer2 antarabangsa. Korang layan la gambar2 ni.




Amacam, hebat kan. Kualiti gambar diorang ni setaraf dengan pengguna DSLR. Maknanya kat sini, kalau korang ada kreativiti dan skill, guna apa pon boleh hasilkan gambar yang menarik. Stuju tak?

Ok lah. Rasanya tu je lah sedikit ulasan aku pasal iPhoneographer ni. Kepada pengguna iPhone kat luar sana, ni lah masanya nak gunakan iPhone korang tu untuk serlahkan bakat korang menangkap gambar. Tak payah beli DSLR pon tak pe. hihi. Kalau korang guna phone selain iPhone pon, tak bermakna korang tak boleh tangkap gambar yang menarik kan. Rasanya android pon ada Apps2 yang tak kurang hebatnya. Jadi pandai2 la gunakan kecanggihan phone korang tu ye.

SUMBER ASAL

Share:

Related Posts:

0 comments:

Post a Comment

loading...

Spectacular Promotions

Blog Archive

Artikel Random

  • COOL : Pelukis Polis Yang Sangat Hebat
    26.10.2012 - 0 Comments
    Cik Gibson, 62,Telah 30 tahun mengabdikan dirinya sebagai penegak keadilan hanya melalui lakaran lukisan…
  • GILA !! Malas Jaga Suami, Maka Dibunuhnya Sahaja
    13.04.2012 - 0 Comments
    Florida – Seorang wanita warga emas berusia 64 tahun didakwa membunuh suaminya yang menghidap sakit…
  • Cara Mudah Mengenalpasti Pek Bungkusan Milo Asli & Milo Tiruan
    18.03.2015 - 0 Comments
    Baru-baru ini kecoh dengan video penghasilan milo tiruan yang beroperasi di Mantin, Negeri Sembilan.…
  • Biarkan Anak Tidur Sambil Hisap Botol Susu Punca Utama Gigi Rosak
    23.05.2017 - 0 Comments
    Sudah pasti ramai tidak tahu termasuk admin sendiri yang rupanya botol susu merupakan salah satu penyebab…
  • Kesemua Fail Di MegaUpload Akan Dipadam Dalam Beberapa Hari Lagi?
    30.01.2012 - 0 Comments
    Berita MegaUpload terus memeriahkan industri teknologi pada minggu ini, apabila kini, laman yang telah…