Osbon Bakal Ikut Jejak Sepah ?? ~ Bila Han Bercerita

Wednesday, 25 January 2012

Osbon Bakal Ikut Jejak Sepah ??




KUALA LUMPUR, 28 DISEMBER 2011: Tinggal dua hari saja lagi, juara Maharaja Lawak Mega (MLM) bakal diketahui. Apa yang pasti, ketika ini, setiap kumpulan sedang memerah otak untuk mengadakan persembahan mantap bagi melayakan diri mereka sebagai juara.

Bagaimanapun, belum pun empat finalis MLM yang terdiri daripada Osbon, Boboi, Saehu dan Syok menjejakan kaki ke pentas akhir, ada desas-desus mengatakan hanya kumpulan Osbon dan Boboi saja yang bakal menduduki takhta juara.

Malah, ada juga yang menyifatkan, kumpulan Osbon yang dianggotai Os dan Abon bakal memenangi program berkenaan dengan mengikuti jejak langkah kumpulan Sepah yang pernah dinobatkan sebagai juara Maharaja Lawak tidak lama dulu.

Dalam erti kata lain, pengikut setia MLM menganggap perjalanan persembahan Osbon dalam MLM sama seperti Sepah menerusi program pencarian pelawak terhebat.

Pun begitu, Os mewakili kumpulan Osbon mengatakan itu hanyalah pandangan ikhlas peminat setia program berkenaan. Malah, penyertaan mereka dalam program itu bukanlah hanya untuk menang semata-mata, tetapi lebih kepada mencari rezeki dan membuat comeback.

"Jika benar peminat melabelkan nasib kami akan sama seperti Sepah, kami bersyukur. Kami mengucapkan terima kasih tidak terhingga. Apa sekalipun, ia terserah kepada rezeki dan kami hanya mahu mempamerkan persembahan yang menghiburkan penonton dan mencapai piawaian program MLM," ujarnya.

Dalam pada itu, Os turut memberikan maklum balas tersendiri berhubung perancangannya seandainya wang kejuaraan bernilai RM350, 000 menjadi milik mereka.

"Setakat ini , kami tidak mempunyai sebarang perancangan. Pun begitu, jika benar ia menjadi milik kami, saya akan up grade teksi saya kepada lebih baik. Ini kerana, dengan teksi itulah saya mencari sesuap nasi untuk anak dan isteri," katanya.

Ikuti komen lebih lanjut Osbon apabila terpilih menjadi finalis MLM dan jangan lupa menonton Apa Kata M? (AKM) Khamis ini mulai jam 6 petang di murai.com.my.

Anda juga boleh menontonnya setiap Jumaat jam 9.55 malam di Astro Prima (saluran 105) dan Astro Warna (saluran 132) dalam pakej Mustika. SUMBER
Share:

Related Posts:

0 comments:

Post a Comment

loading...

Spectacular Promotions

Blog Archive

Artikel Random

  • Nelayan tertangkap ikan yu pra-sejarah yang mempunyai 300 gigi
    21.01.2015 - 0 Comments
    VICTORIA - AUSTRALIA. Sejenis ikan yu yang dikategorikan sebagai ikan pra-sejarah telah dibawa ke darat…
  • Mat Skodeng Kena Siram Air Panas
    09.05.2012 - 0 Comments
    gambar hiasan SARIKEI – Tabiat jelik seorang lelaki warga Bangladesh yang gemar mengintai wanita dalam…
  • COOL : SEJARAH ASAL-USUL PELBAGAI MEME
    10.05.2012 - 2 Comments
    Seperti yang korang tahu.meme seperti trollface,forever alone,Fuu,yao ming dan macam2 lagi amat famous…
  • (4 Gambar) Cara Pelik Orang Di Negara China Bersihkan Jalan Raya
    08.04.2017 - 0 Comments
    Negara China seperti yang kita tahu pada hari ini merupakan antara negara yang mempunyai populasi…
  • Tutorial menggunakan google search dengan betul
    11.07.2012 - 0 Comments
    Tidak ramai yang tahu bagaimana menggunakan enjin carian google dengan betul,sebab tu kadang2 bila kita…