[FAKTA] 5 SIKAP WANITA YANG TAK DISUKAI LELAKI ~ Bila Han Bercerita

Monday, 23 January 2012

[FAKTA] 5 SIKAP WANITA YANG TAK DISUKAI LELAKI


Ada sesetengah perkara sebenarnya langsung tidak menarik perhatian lelaki. Mungkin ada wanita  yang sedar atau tidak mengenai perkara ini. Antara perkara utama yang tidak menarik perhatian lelaki adalah..

Wanita yang terdesak- Lelaki sebenarnya tidak tertarik terhadap wanita yang kelihatan terdesak dalam mencari pasangan. Ini hanya akan meningkatkan lagi ego mereka sahaja. Tidak salah untuk seseorang wanita berusaha memulakan dahulu perhubungan tetapi pastikan bahawa anda tidak kelihatan didalam keadaan yang terdesak.

Wanita yang tidak berhenti bercakap- Sekiranya anda sememangnya seorang yang suka bercerita, tiada masalah untuk meluahkan apa yang telah anda lalui terhadap pasangan. Tetapi pastikan anda bercerita pada masa dan situasi yang bersesuaian. Sekiranya tidak, ia hanya akan merungsingkan lelaki sahaja.


Tidak pandai menjaga kebersihan- Seorang wanita mungkin boleh menerima lelaki yang tidak pandai menjaga kebersihan, tetapi malangnya ia tidak untuk lelaki. Ini kerana soal kebersihan atau kecantikan lebih sinonim terhadap wanita.

Postur tubuh yang bongkok- Tahukah anda bahawa kebanyakan lelaki menggemari wanita yang memakai kasut bertumit tinggi. Apakah yang menyebabkan mereka menggemarinya? Ini kerana apabila wanita memakai kasut tumit tinggi akan menyebabkan postur tubuh mereka lebih menarik dan mengelakkan daripada membongkok.


Wanita yang mudah dipikat- Lelaki tidak suka wanita yang mereka rasakan mudah untuk dipikat. Ini kerana mereka lebih menggemari cabaran. Walaubagaimana suka perasaan anda terhadap seseorang lelaki itu, jangan sesekali menunjukkan bahawa anda mudah untuk dipikat.
SUMBER
Share:

Related Posts:

0 comments:

Post a Comment

loading...

Spectacular Promotions

Blog Archive

Artikel Random

  • Fosil Dinosaur Iguanodintid dan Sauropod Di Jumpai Di Hulu Terengganu
    22.11.2014 - 0 Comments
    KUALA TERENGGANU: Sekumpulan penyelidik dan pensyarah beberapa universiti menemui fosil dinosaur termasuk…
  • Suspek penggodam Anonymous ditahan
    16.03.2012 - 0 Comments
    PARIS – Seramai 25 suspek disyaki ahli gerakan peng*godam Anonymous ditahan dalam satu operasi merentasi…
  • GEMPAR !! Adam AF Kini Salah Seorang Pengamal Perubatan Islam Di Klinik Ashraf Muslim?
    28.02.2012 - 0 Comments
    Kalau di’ikutkan, kisah ini sudah agak lama dan baru kini Hann ada peluang untuk menulis tentang…
  • 10 Pistol Terbaik Di Dunia
    09.02.2012 - 0 Comments
    Pistol merupakan senjata api yang boleh digunakan hanya dengan satu tangan. Perkataan ‘pistol’ mulai…
  • GEMPAR!! Boo Anjing Comel Ini Ada Facebooknya Sendiri, Peminat 1.79 Juta
    11.02.2012 - 0 Comments
    Alahai, comelnya si Boo anjing Pomeranian nih. Kalau tercongok depan aku pun mesti rasa macam nak pegang.…