Video pemuda Malaysia sentuh perasaan selebriti AS ~ Bila Han Bercerita

Thursday, 26 January 2012

Video pemuda Malaysia sentuh perasaan selebriti AS


TIMOTHY TIAH (kanan) dan Audrey Ooi.



KUALA LUMPUR, Malaysia - Satu klip video yang menunjukkan seorang rakyat Malaysia, Timothy Tiah melamar teman wanitanya telah memenangi hati ramai selebriti Amerika Syarikat (AS) termasuk hos rancangan pertandingan nyanyian American Idol, Ryan Seacrest dan penyanyi Christina Perri.

Seacrest memuji klip video berkenaan sebagai menyentuh perasaan manakala Perri, 27, yang popular dengan lagu Jar of Hearts mengaku ia membuatkan dia menangis.

"Saya menangis dan tersenyum pada masa yang sama!" kata Perri dalam komen di akaun Twitter miliknya.

Perri menyatakan bahawa dia menganggap lagunya, A Thousand Years yang digunakan dalam klip video berkenaan sebagai satu penghormatan buat dirinya.

Pujian dua selebriti itu membantu klip video berkenaan ditonton hampir empat juta kali dalam tempoh seminggu klip video itu dimuatkan di laman sosial termasuk YouTube sekali gus menjadikan Tiah dan kini tunangnya, Audrey Ooi, 26, sebagai contoh kepada pasangan kekasih di seluruh dunia.

Memiliki kerjaya sebagai usahawan Internet, Tiah yang berusia 27 tahun berkata, dia sebelum ini tidak berminat untuk berkahwin selepas banyak mendengar kisah keruntuhan rumah tangga rakan-rakannya.

"Namun, saya menyedari tiada gadis lain yang menawan hati saya seperti yang dilakukan Ooi. Tidak ada gadis lain yang saya pernah terfikir dalam pertimbangan untuk dikahwini," kata Tiah kelmarin.

Klip video berkenaan memainkan lagu balad popular Perri, A Thousand Years dan dirakam oleh sebuah syarikat pengurusan perkahwinan.

Video itu menunjukkan Tiah membuat kejutan semasa Ooi makan malam bersama dengan rakan-rakan di sebuah restoran Itali di Kuala Lumpur pada 30 November lalu.

Ia menunjukkan Tiah dengan gementar berjalan memasuki pintu berkaca restoran itu dam melambaikan tangan untuk mendapatkan perhatian Ooi di restoran.

Ooi kelihatan bingung semasa Tiah yang tersenyum memegang beberapa poster yang mengandungi mesej dan kini menjadi popular di online.

Salah satu poster itu menyatakan: "Jika anda sukakannya, kenapa anda tidak menyarungkan sebentuk cincin."

Sebelum poster itu ditunjukkan, Tiah menunjukkan Ooi sekeping gambar watak animasi Puss in Boots dengan mata seperti merayu dengan ayat: "Sudikah anda berkahwin dengan saya."

Klip video lima minit itu berakhir dengan Tiah melutut dan menawarkan Ooi sebentuk cincin dan bunga.

Ooi sebak dan menawarkan lamaran itu.

Mereka berkenalan selama tiga tahun selepas bertemu pada majlis ulang tahun kelahiran Ooi.

Pemilik-pemilik laman blog mula menyiarkan klip video berkenaan selepas Seacrest menghebahkannya di Facebook dan Twitter pada 23 Disember lalu. - SUMBER
Share:

Related Posts:

0 comments:

Post a Comment

loading...

Spectacular Promotions

Blog Archive

Artikel Random

  • Manchineel : Inilah Pokok Paling Beracun Di Dunia
    18.05.2015 - 0 Comments
    Sejenis pokok bernama Manchineel diakui sebagai pokok paling beracun di dunia oleh Guiness Records.…
  • GILA !! Lori hantu longgok tanah dan loloskan diri
    18.04.2012 - 2 Comments
    SENGAJA...lori hantu diekori petugas JPJ membuang tanah ke atas jalan raya. IPOH: Seorang pemandu lori…
  • Teknik Jurus Maut Cara Memainkan Jari di Kemaluan Wanita
    22.01.2012 - 17 Comments
    Memainkan jari di kemaluan wanita boleh memberikan hasil dan kepuasan yang luar biasa, asalkan menggunakan…
  • Ini Sebab Kenapa Alat Pengering Tangan Di Tandas Tidak Selamat Digunakan
    18.08.2016 - 0 Comments
    Tahukah anda berdasarkan kajian dalam Jurnal Mikrobiologi, jika seseorang mengeringkan tangan dengan…
  • [WAJIB TAHU] KENYATAAN USTAZAH MASYITAH YANG LANGSUNG TIDAK MASUK AKAL !!
    23.03.2012 - 1 Comments
    Tadi lepak2 kat forum jumpa benda ni.ni statement FORUMER yang aku Copy paste..tapi sejujurnya aku…