Dulu Jual Air kepada Singapura Sekarang nak Jual Elektrik Pula ~ Bila Han Bercerita

Sunday, 22 January 2012

Dulu Jual Air kepada Singapura Sekarang nak Jual Elektrik Pula


Malaysia sedang meneroka cadangan untuk menjual elektrik ke Singapura, yang akan dilaksanakan menerusi inisiatif swasta, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.


Cadangan itu dikemukakan Najib kepada rakan sejawatnya dari Singapura, Lee Hsien Loong pada pertemuan sempena sesi permukiman Malaysia-Singapura, di sini, semalam.




Najib berkata, cadangan itu diterima baik Lee, malah, Singapura juga sedang mewujudkan rangka kerja berkaitan perkara itu.





“Inisiatif ini akan dilaksanakan sektor swasta dan saya percaya sektor swasta di kedua-dua negara akan menentukan apakah tahap harga yang tepat, apabila tiba masanya. Saya tidak melihat sebarang kesukaran yang besar, jika ini adalah inisiatif sektor swasta,” katanya pada sidang media bersama Lee selepas sesi pemukiman terbabit di sini, semalam.




Sesi pemukiman itu diadakan bagi membolehkan kedua-dua pemimpin meneliti perkembangan kerjasama sedia ada, di samping meneroka inisiatif baru dalam bidang berpotensi bagi mengukuhkan hubungan antara dua negara berkenaan.




Najib berkata, kedua-dua pemimpin juga bersetuju untuk melihat kemungkinan membina laluan tambahan di kedua-dua negara bagi mengukuhkan hubungan dua hala.


Katanya, ia termasuk mengkaji cadangan perkhidmatan feri antara Tuas (zon perindustrian di Singapura) dan Pelabuhan Puteri (sisiran laut di Nusajaya, Johor) serta laluan bawah tanah antara Malaysia dan Singapura.




“Kami bersetuju supaya satu kajian terperinci berhubung perkara berkenaan dilakukan, dan memberi cadangan kepada kerajaan masing-masing.


“Selain itu, kerjasama berkaitan industri penerbangan dan perkhidmatan lapangan terbang antara Lapangan Terbang Antarabangsa Senai, Johor dan Lapangan Terbang Antarabangsa Changi, di Singapura juga boleh dilaksanakan,” katanya.




Katanya, satu kajian juga sudah dilakukan untuk memberi cadangan mengenai pilihan terbaik berhubung kemudahan pengangkutan awam baru Rapid Transit System (RTS) yang menghubungkan Malaysia dan Singapura.-SUMBER
Share:

Related Posts:

0 comments:

Post a Comment

loading...

Spectacular Promotions

Blog Archive

Artikel Random

  • COOL : Inilah Revolver Terbesar Di Dunia Pernah Dicipta
    25.01.2013 - 0 Comments
    Pistol jenis revolver model Remington 1859 gergasi ini telah dibuat oleh Polish Ryszard Tobys of Czempin.…
  • PERGH : Pelajar ke tingkatan 6, matrikulasi dan IPT dikecualikan sertai PLKN
    02.05.2012 - 0 Comments
    KUALA LUMPUR: Pelajar yang mendapat tawaran melanjutkan pelajaran ke Tingkatan Enam, matrikulasi,…
  • (Fakta) Air Di Tasik Ini Terlalu Bahaya Dan Tidak Boleh Di Sentuh
    23.11.2014 - 0 Comments
    Tasik Chagan di Kazakhstan mempunyai panorama yang sangat indah. Rumput hijau dan batu kecil menghiasi di…
  • FAKTA WAJIB TAHU,10 Ramuan Bahaya Dalam Mee Segera!
    09.03.2012 - 0 Comments
    Memang tidak dinafikan, ramai yang dah tahu keburukan memakan mee segera tapi mee segera tetap menjadi…
  • Kualiti Udara Tercemar, Trend Beli Udara Segar Dari Australia Jadi Popular Di China !
    16.05.2016 - 0 Comments
    Pastilah sukar dan sesak nafas jika pencemaran udara semakin menjadi-jadi. Bagaimanalah ingin mendapatkan…