Hati-hati risiko guna kad debit ~ Bila Han Bercerita

Tuesday, 24 January 2012

Hati-hati risiko guna kad debit




Pemegang kad debit menghadapi risiko hilang semua simpanan dalam akaun tanpa jaminan bank jika kad itu disalahgunakan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab, kata Gabungan Persatuan- persatuan Pengguna Malaysia (Fomca).

Setiausah agungnya Muhammad Sha'ani Abdullah berkata sindiket penipuan boleh mencuri data pemilik kad untuk diklon sebagai kad debit palsu untuk membeli barangan, lapor Bernama.

Tambahnya, kerana kad debit disambung terus kepada akaun pemegang kad dan sebarang pembelian menggunakannya, wang akan ditolak serta-merta daripada akaun pengguna.

"Ini bermakna risiko terletak sepenuhnya pada pemegang kad debit dan bank tidak bertanggungjawab atas sebarang kerugian yang dialami oleh pemegang akibat penyalahgunaan kad berkenaan," beliau dipetik berkata hari ini.

Berbeza dengan pengguna kad kredit yang mendapat jaminan tertentu bank, pemilik kad debit tidak mendapat jaminan sedemikian.

"Jika kad kredit disalahgunakan oleh pihak tertentu, maka pemegang boleh mempertikaikan jumlah perbelanjaan dan menuntut semula bayaran dari bank," katanya.

Muhamad Sha'ani, yang juga ketua eksekutif Pusat Perkhidmatan Aduan Pengguna Nasional (NCCC), menambah bank tempatan membuat promosi kad debit secara agresif sejak tahun lepas dan pengguna perlu berwaspada untuk memilikinya.

Bagaimanapun sumber perbankan menjelaskan, risiko kad debit adalah minima apabila digunakan dalam negara kerana penggunaannya berdasarkan tandatangan pemegang dan kad mempunyai cip keselamatan.

Tambahnya, seperti dipetik agensi berita itu, pemegang kad debit tidak perlu berhutang untuk berbelanja kerana mereka hanya dapat berbelanja mengikut jumlah simpanan dalam akaun sahaja.

"Ini membantu mendisiplinkan pengguna dari segi perbelanjaan yang tidak perlu atau menanggung hutang berlebihan," kata sumber yang tidak didedahkan identitinya.

Kad debit itu baik untuk bank kerana mereka tidak perlu memberi sebarang kredit kepada pemegang dan sekali gus mengurangkan risiko pinjaman tidak berbayar, tambahnya.
Share:

Related Posts:

0 comments:

Post a Comment

loading...

Spectacular Promotions

Blog Archive

Artikel Random

  • Gigi dijumpai didalam bekas kentang McD
    11.01.2015 - 0 Comments
    JEPUN - Sebuah portal berita melaporkan gigi manusia telah ditemui dalam bekas kentang goreng yang dijual…
  • KEJAM !! Gadis Ini Di Bunuh Dan Di Jadikan Anak Patung
    13.11.2014 - 0 Comments
    Peristiwa pembunuhan sadis, yg bagi sebahagian orang mungkin hanya terjadi di filem-filem di dunia nyata.…
  • AWAS !! Sila Waspada Dengan Serangga Ini!
    14.04.2012 - 0 Comments
    Waspada terhadap serangga ini. Walaupun Nampak kecil dan rupa seolah-olah kerengga tetapi serangga ini…
  • COOL !! King Of The Frogs : Rumah Pokok Kalis Banjir
    22.04.2012 - 0 Comments
    King Of The Frogs, rekaan firma Baumraum dari Jerman yang dibina dan direka khas untuk mengelakkan…
  • Rumah Aznil dimasuki perompak,rugi rm40,000
    03.08.2012 - 0 Comments
    Rumah yang didiami pengacara televisyen popular Aznil Nawawi di Taman Yarl di sini dipecah masuk…