Apple Dijangka Lancar iPhone 5 Tidak Lama Lagi ~ Bila Han Bercerita

Monday, 30 January 2012

Apple Dijangka Lancar iPhone 5 Tidak Lama Lagi


Apple Dijangka Lancar iPhone 5 Tidak Lama Lagi

Pembuat telefon bimbit terbesar dunia, Apple mungkin akan mengeluarkan iPhone 5 pada musim panas tahun ini (April), menurut laporan yang disiarkan di sebuah laman web.

Memetik sumber di Foxconn, yang mengeluarkan iPhone untuk Apple, laman web (9to5mac.com) berkata: “Kami menerima berita dari sumber yang boleh dipercayai di Foxconn di China yakni iPhone 5, seperti yang ia dipanggil pada masa ini, kini sedia untuk pengeluaran. Sumber tersebut menyatakan yang pelbagai alat sampel juga berada di pasaran (ia berbeza sedikit antara satu sama lain), maka mustahil untuk mengetahui yang mana satu adalah muktamad,”.

Menurut laporan itu, Apple iPhone 5 mungkin mempunyai skrin paparan 4 inci dan akan mempunyai bentuk faktor lain (reka bentuk) daripada model sebelumnya (iPhone 4S, 3GS dan lain-lain). Gadget akan datang itu adalah lebih panjang dan lebar, laporan itu menambah.

Walaupun dengan peningkatan Android, Apple tetap berjaya berkembang. Malah, menurut satu kajian, Apple telah berjaya mengembangkan penguasaan pasaran dengan ketara pada tahun lepas untuk menjadi pembuat telefon bimbit terbesar dunia. Pengeluaran iPhone 5 dijangka akan memberikan peningkatan selanjutnya pada penjualan syarikat berkenaan.

Apple iPhone 4S telah dilancarkan di India pada November 2011, sebulan selepas dikeluarkan di Amerika Syarikat. Jadi, jika syarikat itu mengeluarkan iPhone 5 pada bulan April, kita boleh menjangka ia mungkin akan ke India pada bulan Jun.


sumber
Share:

Related Posts:

0 comments:

Post a Comment

loading...

Spectacular Promotions

Blog Archive

Artikel Random

  • Cara Mudah Mengenalpasti Pek Bungkusan Milo Asli & Milo Tiruan
    18.03.2015 - 0 Comments
    Baru-baru ini kecoh dengan video penghasilan milo tiruan yang beroperasi di Mantin, Negeri Sembilan.…
  • Kereta BMW Night Vision
    18.02.2012 - 0 Comments
    Jom layan gambar kete ni sumber P/s :Kete zaman skrg da maju.apa2 pon.kete ni dengan night…
  • Zeti Aziz akhiri tugas sebagai Gabenor Bank Negara
    30.04.2016 - 0 Comments
    KUALA LUMPUR: Setelah 16 tahun bertungkus-lumus memastikan kedudukan kewangan negara berada dalam keadaan…
  • Misteri Rumah Tengah Sungai Terjawab
    17.05.2015 - 0 Comments
    Sebuah rumah bersendirian di Sungai Drina di Serbia telah membuatkan orang ramai tertanya-tanya dari…
  • GEMPAR !! Artis Hip Hop Dakwa Dipukul Kerabat Diraja ‘Tanpa Sebab’?
    14.04.2012 - 1 Comments
    KUALA LUMPUR – Seorang penyanyi hip hop cedera teruk di muka dan badan selepas mendakwa dibelasah…