UMRAH MLM HARAM Pakej unsur gharar ~ Bila Han Bercerita

Thursday, 26 January 2012

UMRAH MLM HARAM Pakej unsur gharar




KUALA LUMPUR: Niat halal cara haram. Itu ungkapan paling sesuai apabila sebuah koperasi dikesan menggunakan kaedah pemasaran pelbagai peringkat (MLM) yang lazimnya diamalkan syarikat jualan langsung untuk menawarkan pakej umrah dengan harga amat murah.

Dengan modal RM1,700, koperasi terbabit mempromosi jumlah berkenaan sudah mencukupi untuk umat Islam mengerjakan umrah dengan syarat mereka perlu menaja tujuh peserta lain untuk berada di bawah mereka.

Peserta terbabit juga disyaratkan mengeluarkan modal dalam jumlah sama dan ia berturutan menjadi rantaian tanpa had, malah pakej itu juga boleh dihadiahkan kepada sesiapa saja termasuk bukan ahli skim berkenaan.

Penolong Pengarah Kanan Pusat Pengurusan Aduan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), A Mogan berkata, pihaknya melakukan siasatan terhadap kegiatan koperasi itu selepas menerima aduan orang ramai.



“Siasatan awal setakat ini mendapati kegiatan mereka itu bertentangan dengan undang-undang. Antara kesalahan paling ketara ialah mereka tidak memiliki lesen untuk menganjurkan pakej umrah seperti yang dipromosikan,” katanya ketika dihubungi. sumber
Share:

Related Posts:

0 comments:

Post a Comment

loading...

Spectacular Promotions

Blog Archive

Artikel Random

  • GILA !! Lori minyak kemalangan,Penduduk berebut minyak masak ‘percuma’
    11.04.2012 - 1 Comments
    ORANG ramai berebut mendapatkan minyak masak ‘percuma’ daripada sebuah lori tangki yang kemalangan di…
  • Black Mentor dilarang buat persembahan di Kelantan
    18.01.2012 - 0 Comments
    PETALING JAYA: Juara Mentor musim ketiga, Black atau nama sebenarnya Hanifah Md. Hanafiah, tidak berkecil…
  • Serangga Pelik Serupa Daun
    23.01.2012 - 0 Comments
    SETIU – seorang mekanik berhadapan senario yang agak pelik apabila rumahnya tidak putus dikunjungi setelah…
  • Kehilangan CEO Google Jadi Tanda Tanya
    22.07.2012 - 0 Comments
    Amerika Syarikat – Kehilangan Ketua Pegawai Eksekutif Google, Larry Page menjadi tanda tanya selepas…
  • Lima Makanan Berkhasiat Untuk Kualiti Seks Yang Lebih Baik
    09.05.2016 - 0 Comments
    Buat pasangan suami isteri, hubungan intim itu adalah sangat penting dalam kehidupan berumah tangga. Ia…