Dato Siti Nurhaliza Berduet Dengan Rabbani di Terengganu. ~ Bila Han Bercerita

Wednesday, 25 January 2012

Dato Siti Nurhaliza Berduet Dengan Rabbani di Terengganu.





Ini adalah satu gandingan yang hebat. Kami suka.

Berikut adalah petikan dari murai


KUALA LUMPUR, 24 JANUARI 2012: Konsert percuma, Muhammad Al-Ameen yang bakal diadakan di Dataran Tamadun Islam, Kuala Terengganu, sempena sambutan Maulidur Rasul 1433 Hijrah, disifatkan cukup istimewa kerana menggabungkan dua ikon popular industri hiburan tempatan iaitu Datuk Siti Nurhaliza dan Rabbani.

Menurut salah seorang anggota kumpulan Rabbani, Azadan Abd Aziz, berkata, konsert berkenaan amat istimewa kerana merupakan gabungan penganjuran Rabbani Productions Sdn Bhd bersama Siti Nurhaliza Production (SNP) yang telah sekian lama dirancang dan akhirnya terlaksana.

“Sebelum ini kami pernah bergabung dengan Siti Nurhaliza tetapi sebagai artis undangan sahaja. Kali ini, kami berpeluang menganjurkan bersama-sama konsert percuma ini khusus sempena sambutan Maulidur Rasul,” katanya kepada portal murai.com.my

Menyambung perbualan kata Azadan, lebih istimewa lagi, penonton yang hadir berpeluang mendengar lagu duet terbaru antara mereka bersama Siti Nurhaliza berjudul Muhammad Al-Ameen.

“Untuk konsert tersebut nanti, penonton akan disajikan dengan persembahan penceritaan berbentuk gurindam dan syair oleh Siti sendiri. Malah kepada yang hadir mereka berpeluang mendengar lagu duet terbaru kami berjudul Muhammad Al-Ameen.
“Selain itu, beberapa artis popular seperti Amy Search, Najwa Latif dan Sabri Yunus juga bakal tampil mengadakan persembahan,” jelasnya.

Selain acara konsert, turut diadakan karnival selama tiga hari bermula pada 3 hingga 5 Februari ini. Malah turut diadakan secara ekslusif, Malam Gala Eksklusif
Bersama Dato’ Siti Nurhaliza dan Rabbani.Untuk acara ini, para peminat boleh mendapatkan tiket pada harga RM175, RM275 dan RM500. SUMBER
Share:

Related Posts:

1 comment:

loading...

Spectacular Promotions

Blog Archive

Artikel Random

  • GILA !! Kanak-kanak 10 tahun lahirkan bayi 2.3kg
    06.04.2012 - 0 Comments
    BOGOTA - Ini berita yang amat mengejutkan! Di saat rakan-rakan sebayanya masih bermain dengan anak…
  • Budak 6 Tahun Sara Diri Sendiri Selepas Kematian Ibubapa
    17.02.2012 - 1 Comments
    Kesian kat budak ni..sumpah air mata mengalir buat entri ni.dia survive diri sendiri dengan…
  • Aplikasi Kim Kardashian: Glu Mobile kutip AS$43 juta dalam tempoh 3 bulan
    16.11.2014 - 0 Comments
    Heboh di media sosial ketika ini adalah tentang kemunculan eksklusif selebriti realiti tv, Kim Kardashian…
  • Bila LG troll orang dalam lif
    23.10.2012 - 0 Comments
    aha.dalam banyak2 komersial iklan yang osem2.korang mesti jarang nampak iklan2 berbentuk troll dari LG.jom…
  • FAKTA : Siapa Yang Mencipta GOOGLE
    16.03.2012 - 0 Comments
    Google Inc merupakan sebuah syarikat yang didagangkan secara umum. Saham mereka disenaraikan di Nasdaq…