Bekas Juara Tinju Muhammad Ali Dimasukkan Ke Hospital, Alami Radang Paru-Paru ~ Bila Han Bercerita

Sunday, 21 December 2014

Bekas Juara Tinju Muhammad Ali Dimasukkan Ke Hospital, Alami Radang Paru-Paru

Bekas Juara Tinju Muhammad Ali Dimasukkan Ke Hospital, Alami Radang Paru-Paru


OUISVILLE: Bekas juara tinju dunia, Muhammad Ali dikejarkan ke hospital pada Sabtu akibat penyakit radang paru-paru.

Jurucakap Muhammad Ali, Bob Gunnell, berkata lagenda tinju berusia 72 tahun itu sedang menjalani rawatan dan kini berada dalam keadaan stabil.

Gunnell berkata, radang paru-paru yang dialami Ali berada dalam keadaan terkawal kerana berjaya dikesan pada peringkat awal.

Beliau dijangka berehat untuk beberapa hari di hospital tersebut.

Sebelum ini, Ali dilaporkan menghidap penyakit Parkinson.

Beliau muncul di khalayak ramai pada September lalu untuk menghadiri satu majlis di kampung halamannya di Louisville sempena Anugerah Kemanusiaan Muhammad Ali.

Muhammad Ali bersara daripada sukan tinju pada 1981 dan mula terlibat dengan misi kemanusiaan.

Beliau menerima Pingat Presiden Kebebasan dari Presiden George W. Bush pada 2005.

sumber


Share:

Related Posts:

0 comments:

Post a Comment

loading...

Spectacular Promotions

Blog Archive

Artikel Random

  • The SpareOne: Telefon Kecemasan Mudah Alih Tahan Lasak
    11.06.2013 - 0 Comments
    The SpareOne Emergency Phone dilengkapi dengan semua ciri-ciri yang anda perlukan untuk sebuah telefon…
  • COOL KE GILA !! Keluarga merestui perkahwinan budak 11 tahun dengan remaja lelaki 19 tahun
    07.03.2012 - 0 Comments
    SOFIA – Seorang kanak-kanak warga Bulgaria, Kordeza Zhelyazkova selamat melahirkan seorang bayi…
  • Senarai Gaji Pemimpin Dan Golongan Korporat Di Malaysia
    05.11.2014 - 0 Comments
    Inilah senarai jumlah gaji, kelebihan dan faedah yang mereka peroleh setiap bulan dan tahun bermula dari…
  • Pengikut Instagram Yuna Melonjak Naik Gara-Gara Lagu Duet Dengan Usher
    30.04.2016 - 0 Comments
    Yuna atau nama sebenar Yunalis Zarai merupakan artis tempatan yang tidak pernah gagal mengharumkan nama…
  • Video: Meskipun Bra Terlucut Secara ‘Live’ , Artis K-Pop Ini Tetap Menari
    09.05.2017 - 0 Comments
    Salah seorang anggota kumpulan DIA, Eunjin, mengalami pengalaman memalukan apabila baju dalamnya…