GST Dikenakan Bagi Sesetengah Perkhidmatan Urusan Bank ~ Bila Han Bercerita

Friday, 19 December 2014

GST Dikenakan Bagi Sesetengah Perkhidmatan Urusan Bank

GST Dikenakan Bagi Sesetengah Perkhidmatan Urusan Bank

Pelanggan bank perlu membayar caj tambahan untuk beberapa perkhidmatan urusan bank sebaik sahaja Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) dilaksanakan pada 1 April depan.
Menurut Kementerian Kewangan menerusi laman Facebooknya pada Jumaat, caj perkhidmatan oleh bank akan tertakluk kepada GST dan oleh itu pelanggan perlu membayar caj tambahan sebanyak 6%.

GST Dikenakan Bagi Sesetengah Perkhidmatan Urusan Bank


"Sebarang bayaran yang dikenakan oleh bank seperti caj MEPS, akan tertakluk kepada GST.

"Sebagai contoh, sekiranya pemegang kad Maybank membuat pengeluaran wang dari mesin ATM CIMB, caj MEPS adalah sebanyak RM1 dan kadar GST yang dikenakan adalah RM0.06," demikian menurut kementerian itu.

Namun, kementerian tersebut berkata, kadar GST tidak akan dikenakan terhadap jumlah wang yang dikeluarkan iaitu RM100 ke atas.

Sementara itu, menurut laman web rasmi GST, pelanggan juga akan dikenakan caj GST bagi bayaran untuk insurans atau buku cek, penyediaan penyata bank, pemprosesan pinjaman, perkhidmatan arahan tetap dan perkhidmatan penyelenggaraan berhubung pembelian dan penjualan saham.

Walaupun GST dikenakan ke atas bayaran yang dikenakan, jumlah sebenar terlibat dalam transaksi seperti jumlah pengeluaran dan faedah yang dibayar untuk pinjaman tidak akan terjejas disebabkan cukai itu.




Share:

Related Posts:

0 comments:

Post a Comment

loading...

Spectacular Promotions

Blog Archive

Artikel Random

  • Petua Menjaga Kesihatan Mata
    19.09.2012 - 0 Comments
    1. Setiap kali mandi atau berwudhu, pastikan jangan pejamkan mata semasa air melalui mata anda,…
  • Lelaki wajib tahu : 9 punca masalah kemandulan
    18.06.2012 - 0 Comments
    Mengikut kajian terdapat beberapa kes kemandulan berkait rapat dengan masalah kesihatan selain juga tidak…
  • Filem KAMI lakonan sudirman
    22.01.2012 - 0 Comments
    siapa rindu SUDIRMAN ? dah lama xdenga nama dia kan..ni ada satu movie yang Hann nak share dengan korang…
  • COOL !! (Gambar) Kondominium Di Tokyo Bernilai RM66.83 Juta Hanya Memiliki Sebuah Bilik
    15.04.2012 - 2 Comments
    Sebuah kondominium (apartment) di Tokyo yang berukuran 4434 kaki persegi dikatakan berharga $21.8 juta…
  • Berlakon, Cara Johan As'ari Berdakwah
    13.02.2012 - 1 Comments
    PETALING JAYA: Pelakon Johan Arrif As'ari, 26, meminta umum tidak memandang skeptikal terhadap kerjayanya…