Chong Wei Saman Razif Sidek Dan Kosmo, Kerana Dakwaan Ambil Dadah ~ Bila Han Bercerita

Wednesday, 3 December 2014

Chong Wei Saman Razif Sidek Dan Kosmo, Kerana Dakwaan Ambil Dadah

Chong Wei Saman Razif Sidek Dan Kosmo, Kerana Dakwaan Ambil Dadah


Pemain badminton nombor satu dunia Datuk Lee Chong Wei mengesahkan hari ini akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Razif Sidek dan sebuah akhbar Melayu kerana menuduh beliau terbabit dengan pengambilan dadah terlarang.

Beliau memberitahu The Star Online surat tuntutan saman dihantar melalui pejabat peguamnya Song and Partners kepada Razif minggu lepas.

“Tuduhan itu tidak benar. Hanya kerana saya ada kes ‘doping’ sekarang, kamu tidak boleh membuat kenyataan sesuka hati. Adakah dia mempunyai bukti menyokong dakwaannya?” beliau dipetik berkata portal berita itu.

Pada November 11, Razif yang juga bekas pemain badminton negara dilaporkan akhbar Kosmo sebagai berkata, Lee sudah lama menggunakan dadah seperti hasil ujian ‘doping’ awal bulan lepas.

Katanya, ramai pegawai dalam Persatuan Badminton Malaysia (BAM) menyedari kesalahan yang dilakukan Lee tetapi tiada yang berani bersuara kerana kredibilitinya sebagai seorang jaguh dunia.

Malah, Razif dilaporkan berkata, Lee sanggup mengupah seorang doktor dari luar negara bagi tujuan itu.

Sebuah portal berita lain memetik Lee berkata hari ini, Razif sudah menghubunginya dan meminta maaf kerana membuat kenyataan itu selepas menerima surat tuntutan daripada Lee.

“Tetapi, apa yang terjadi sudah terjadi,” dia dipetik berkata dengan nada marah sambil memberitahu portal itu yang ketika berita itu mula-mula dilaporkan, beliau cuba menghubungi Razif tetapi tidak berjaya.

“Saya tak boleh biar begitu sahaja kerana dia memfitnah saya. Sebagai bekas pemain badminton, dia seharusnya sedar dia tidak patut membuat tuduhan palsu kepada saya, terutamanya saat saya sedang menghadapi kesukaran.

“Beliau bukan sahaja menyakiti saya, malah seluruh negara dengan kenyataannya itu,” katanya kepada portal berita itu.

Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin dalam reaksinya menyifatkan dakwaan Razif itu tidak berasas dan menggesa orang ramai tidak membuat spekulasi sehingga ia diputuskan Persekutuan Badminton Dunia (BWF).

Sampel air kencing Lee, 32, didapati mempunyai kesan dexamethasone semasa ujian rawak pada Kejohanan Badminton Dunia di Copenhagen pada bulan Ogos.

Dexamethasone ialah sejenis ubat steroid yang biasanya digunakan untuk tujuan pemulihan dari kecederaan.

Ujian kedua yang dijalankan ke atas “sampel B” di Universiti Hospital Oslo, Norway pada 5 November mengesahkan kehadiran bahan itu.

Sehubungan dengan itu, BWF mengumumkan penggantungan sementara Lee pada 11 November.

sumber


Share:

Related Posts:

0 comments:

Post a Comment

loading...

Spectacular Promotions

Blog Archive

Artikel Random

  • Bahaya Menahan Bersin (Wajib Tahu!)
    13.08.2012 - 0 Comments
    Ada orang cuba menahan bersin dengan cara menutup hidung mereka, sehingga keinginan bersin menjadi…
  • SEJARAH KEMATIAN BRUCE LEE,Bruce Lee Mati Kerana Silat Melayu?
    27.02.2012 - 1 Comments
    Note: Ulasan saya berdasarkan kajian saya di internet tidak semestinya benar kerana mungkin ada tokok…
  • Yogurt Khas Untuk Kaum Lelaki
    04.03.2013 - 0 Comments
    Yogurt kini telah menjadi salah satu makanan alternatif sihat yang sangat popular di pasaran. Bahan…
  • GILA !! Cikgu tertayang cerita lucah
    26.02.2012 - 0 Comments
    ( INI ADALAH ENTRY MENGANJING DAN PERLI?) Cuba bayangkan cikgu ni nak wat power point presentation.…
  • FAKTA : Pokok mati akibat WiFi
    07.04.2012 - 0 Comments
    ALPHEN AAN DEN RIJN, Belanda - Satu kajian oleh sekumpulan penyelidik dari Universiti Wageningen,…