Gedung Pakaian Mewah Tipu Pengguna Dibongkar ~ Bila Han Bercerita

Tuesday, 2 December 2014

Gedung Pakaian Mewah Tipu Pengguna Dibongkar

Gedung Pakaian Mewah Tipu Pengguna Dibongkar


ALOR SETAR: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Kedah mengeluarkan kompaun berjumlah RM1,000 sempena 'Ops Bongkar' terhadap sebuah gedung pakaian mewah di sini, Selasa.

Timbalan Ketua Penguat Kuasa KPDNKK Kedah Ridzuan Mat Isa berkata kompaun itu dikeluarkan ekoran dua kesalahan yang dilakukan gedung pakaian tersebut iaitu penipuan harga dan menggunakan alat pengukur yang tamat tempoh.

Beliau berkata Ops Bongkar yang bermula semalam itu akan diteruskan sehingga 4 Jan depan bagi mengesan peniaga yang melakukan kesalahan berkaitan jualan murah.

"Hasil tinjauan yang dijalankan pegawai KPDNKK mendapati gedung pakaian ini telah menawarkan harga palsu. Penipuan yang dilakukan ialah dengan meninggikan harga pakaian yang ditawarkan sebelum membuat potongan diskaun yang mencecah sehingga 90 peratus.

"Kita telah cuba dapatkan rekod sebelum harga jualan murah bagi tempoh sebulan yang lepas tetapi mereka gagal untuk menunjukkan bukti dan hasil siasatan kita juga mendapati harga yang dipamerkan ini adalah harga empat tahun lepas," katanya kepada pemberita di sini.

Ridzuan berkata gedung pakaian itu telah diberi amaran supaya menurunkan semua harga pakaian yang dijual dalam tempoh sehari dan sekiranya gagal untuk berbuat demikian tindakan akan diambil.

"Pemilik gedung pakaian itu mengaku bersalah dan telah membayar kompaun berjumlah RM1,000 bagi dua kesalahan yang telah dilakukan. Selain kompaun, kita turut merampas enam gelung kain yang bernilai RM1,000 sebagai bahan bukti selain alat pengukur yang sudah tamat tempoh.

"Kes disiasat di bawah kesalahan Peraturan-peraturan Perihal Dagangan (Harga Jualan Murah) (Pindaan 2010) dan Akta Perihal Dagangan 2011," katanya.

Beliau berkata KPDNKK akan menjalankan operasi di lima gedung pakaian di sekitar Alor Setar bagi memastikan tiada pihak yang mengambil kesempatan sempena dengan jualan besar-besaran sempena akhir tahun.

"Ini lokasi pertama yang diperiksa di Kedah bagi Ops Bongkar dan kita akan melawat gedung-gedung pakaian lain yang menjalankan jualan murah," katanya.


sumber


Share:

Related Posts:

0 comments:

Post a Comment

loading...

Spectacular Promotions

Blog Archive

Artikel Random

  • COOL : Kafe Aiskrim Magnum Di Indonesia
    04.03.2013 - 0 Comments
    Mesti ramai dari kalangan korang penah rasa aiskrim yang sedap lagi awesome tasted neh..aiskrim magnum…
  • Datuk Siti Nurhaliza Merupakan Wanita Ketiga Yang Terkaya Di Malaysia
    19.02.2015 - 0 Comments
    Pernah menerima lebih 200 anugerah tempatan di dalam industri hiburan dan juga dinamakan antara dua…
  • PERGH Aaron Aziz Dapat Tawaran Jadi Hos 'Fear Factor Asia'
    16.05.2012 - 0 Comments
    KUALA LUMPUR: Selepas berjaya melakar kejayaan menerusi industri lakonan, pelakon Aaron Aziz…
  • Inilah Keju Termahal Di Dunia,Keju Emas
    23.05.2013 - 0 Comments
    Kini komuniti jutawan dan billionaire memiliki menu mewah terbaru yang dapat dimasukkan ke dalam menu…
  • Cara Untuk Mengenali Tukang Sihir
    30.01.2012 - 0 Comments
    Sihir merupakan perbuatan jin dan syaitan, juga daripada manusia yang mahu merosakkan orang lain yang…