Zizan Razak Tampil Perjelas Isu Hubungannya Bersama Emma Maembong ~ Bila Han Bercerita

Monday, 22 December 2014

Zizan Razak Tampil Perjelas Isu Hubungannya Bersama Emma Maembong

Zizan Razak Tampil Perjelas Isu Hubungannya Bersama Emma Maembong


Pelakon dan pelawak Zizan Razak menyangkal dakwaan hubungannya dengan aktres Emma Maembong sudah berakhir seperti mana dilaporkan dalam ruangan gosip sebuah akhbar mingguan pada Ahad.

Zizan atau nama sebenarnya Mohd Razizan Abd Razak, 30, menerusi laman Instagramnya menjelaskan percintaan mereka tidak mempunyai sebarang masalah seperti dilaporkan akhbar itu.

"Kami di sini baik-baik sahaja. Terima kasih rakyat Malaysia yang sentiasa mendoakan yang baik untuk hubungan kami berdua," tulisnya.

Laporan itu menyebut pasangan itu dikatakan sudah tidak bersama sejak sebulan lalu malah malah Emma dilaporkan sudah mempunyai pengganti iaitu pelakon Kamal Adli yang juga pasangannya dalam drama bersiri Syurga Tanpa Cinta.

Zizan Razak Tampil Perjelas Isu Hubungannya Bersama Emma Maembong


Dalam pada itu, dalam status sama, Zizan turut menulis dia mencintai Emma dan memberitahu wanita itu sentiasa berada di dalam hatinya.

"Emma Maembong sentiasa saya cintai. You always in my heart," ujarnya.

Malah Emma menerusi laman Instagram miliknya meminta peminat tidak mempercayai gosip berkenaan selain turut memuat  naik gambar mereka berjalan berdua.

Sementara itu, usaha mStar Online untuk mendapatkan kenyataan lanjut daripada Zizan dan Kamal berhubung gosip berkenaan gagal apabila mereka masing-masing tidak menjawab panggilan dan mesej yang dihantar.

sumber


Share:

Related Posts:

0 comments:

Post a Comment

loading...

Spectacular Promotions

Blog Archive

Artikel Random

  • Farid Kamil Kurangkan Tawaran Aksi Selepas Patah Tulang Rusuk
    22.10.2014 - 0 Comments
    Pelakon Farid Kamil memberitahu dia kini mengurangkan  tawaran berlakon melibatkan aksi ngeri yang…
  • WAJIB TAHU : BAHAYA MINUM AIR
    18.01.2012 - 0 Comments
    contoh air RO yg dijual di Malaysia hari ni Hann nak cerita sedikit tentang keburukan air RO(Reverse…
  • Fakta : 10 Tempat Dilarang Tengok Dalam Google Maps
    21.03.2012 - 0 Comments
    Kita selalu menggunakan Google Maps sebagai rujukan untuk mengetahui sesuatu tempat. Boleh dikatakan…
  • Lone Star Tick : Kutu Ni Boleh Buat Korang Jadi Vegetarian Seumur Hidup !
    15.05.2017 - 0 Comments
    Dikenali sebagai Lone Star Tick, atau kutu bintang sendirian, selepas digigit kutu ini, seseorang akan…
  • 15 Fakta Mengenai Kuku Yang Mungkin Anda Tak Pernah Tahu
    09.04.2017 - 0 Comments
    1. Kuku kaki lebih lambat tumbuhnya Kuku tangan anda tumbuh 3 atau 4 kali lebih cepat dibanding kuku jari…