Dua ekor harimau terlepas dari Zoo Taiping ~ Bila Han Bercerita

Friday, 26 December 2014

Dua ekor harimau terlepas dari Zoo Taiping

Dua ekor harimau terlepas dari Zoo Taiping
Seekor daripada harimau tersebut telah pun berjaya ditangkap semula menggunakan peluru penenang.

Dua ekor harimau terlepas dari kandangnya di Zoo Taiping, lapor akhbar The Star hari ini.

Insiden tu dikatakan berlaku pagi tadi ketika pintu pagar masih ditutup.

Menurut The Star lagi, seekor telah pun berjaya ditangkap semula menggunakan peluru penenang.

Sementara itu Bernama melaporkan  Pengarah zoo, Dr Kevin Lazarus berkata Harimau Malaya itu terlepas dari kurungannya ketika kerja-kerja penyelenggaraan dilakukan oleh pekerja baharu.

"Kejadian itu berlaku ketika harimau tersebut berada di kurungannya di bahagian belakang, bukan berlaku di bahagian kurungan untuk pameran awam. Ia terhentak pintu kurungan itu dan pintu tersebut terbuka secara tiba-tiba," katanya.

Harimau berkenaan kemudian ditembak ubat pelali namun ia melarikan diri ke hutan berhampiran kurungan itu dengan melompat tembok zoo setinggi 1.8 meter, katanya.

Dr Lazarus berkata haiwan itu dijumpai di hutan berhampiran dan ia ditembak sekali lagi dengan pelali sebelum dapat ditangkap semula pada pukul 3 petang.

Sebanyak 30 orang termasuk kakitangan zoo, anggota Bomba dan polis terlibat dalam usaha mencari harimau yang berusia hampir 16 tahun dengan berat kira-kira 300 kilogram dan dua meter panjang tersebut, katanya.

sumber


Share:

Related Posts:

0 comments:

Post a Comment

loading...

Spectacular Promotions

Blog Archive

Artikel Random

  • Gadis Thailand ini enggan jadi 
anak angkat Kim Kardashian
    23.11.2014 - 0 Comments
    LOS ANGELES 20 Nov. – Seorang gadis yang menetap di sebuah penempatan miskin di Thailand, membuat…
  • Susah Tidur Malam – 10 Cara Untuk Mengatasinya
    01.02.2012 - 0 Comments
    Tidur yang cukup akan memberi tenaga dan kesegaran kepada tubuh. Kurang tidur dan rehat pula boleh…
  • PM Dijangkiti Virus E.Coli
    06.01.2015 - 0 Comments
    Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak difahamkan terkena jangkitan E.Coli semasa lawatan ke kawasan…
  • Pengacara GGV Fikry Dikecam Netizen, Lawak Tak Bertempat
    23.05.2017 - 0 Comments
    Selesai sudah penantian selama ini siapakah bergelar juara Gema Gegar Vaganza musim pertama. Kumpulan UNIC…
  • The Warka : Menara Yang Mampu Mengumpul Air Dari Udara Nipis Di Ethiopia
    27.04.2017 - 0 Comments
    Di kawasan pergunungan Ethiopia, mencari bekalan air untuk diminum merupakan satu tugas yang memakan masa…