Nenek ditangkap jual daun ketum 53 kilogram ~ Bila Han Bercerita

Saturday, 6 December 2014

Nenek ditangkap jual daun ketum 53 kilogram

Nenek ditangkap jual daun ketum 53 kilogram


JITRA - Kegiatan menjual daun ketum dipercayai didalangi seorang wanita warga emas berusia 65 tahun dan anak saudaranya kira-kira enam bulan lalu terbongkar selepas mereka ditahan polis, kelmarin.

Dalam serbuan kira-kira jam 11 pagi di belakang sebuah rumah di Kampung Pida 6 Baru, Kodiang, dekat sini, dua suspek ditahan bersama sembilan bungkusan daun ketum seberat 53 kilogram (kg) bernilai RM954.

Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan Abd Rahim Abdullah berkata, hasil maklumat orang awam, pihaknya melakukan siasatan seterusnya menyerbu rumah suspek.

“Kita merampas daun ketum dan menahan seorang wanita warga emas dan anak saudara perempuannya berusia 29 tahun kerana disyaki terlibat menjual daun ketum tersebut,” katanya di sini, semalam.

Beliau berkata, pihaknya percaya daun ketum itu adalah untuk dijual kepada pihak lain yang akan memprosesnya menjadi air ketum.

Menurutnya, suspek kini direman empat hari bermula kelmarin dan siasatan dilakukan mengikut Seksyen 30(3) Akta Racun 1952 yang boleh dipenjara maksimum empat tahun atau denda RM10,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

“Lokasi yang sama juga pernah diserbu kira-kira enam bulan lalu dan kita turut menahan seorang wanita berusia lingkungan 30-an,” katanya.

sumber

P/s : macam2 hal la


Share:

Related Posts:

0 comments:

Post a Comment

loading...

Spectacular Promotions

Blog Archive

Artikel Random

  • Berlian merah jambu ditemui
    23.02.2012 - 0 Comments
    BERLIAN merah jambu diletakkan di hujung mata sebatang pen SYDNEY - Gergasi perlombongan Rio Tinto…
  • COOL !! Kelajuan Internet Terpantas Di Dunia Terdapat Di Korea Selatan
    09.03.2012 - 0 Comments
    MUNGKIN di kalangan pembaca, apabila diajukan soalan di manakah lokasi luar negara yang mereka ingin…
  • ‘Saya Dan Qi Sekarang, Taking A Break’ – Yuna
    21.09.2012 - 0 Comments
    KUALA LUMPUR – Selepas pelakon lelaki, Qushairi Razali atau Qi tampil menjelaskan kepada umum yang…
  • Justin Bieber Berhenti Jadi Pengikut Instagram Selena Gomez
    15.11.2014 - 0 Comments
    DRAMA hubungan penyanyi remaja Justin Bieber dan Selena Gomez tidak pernah tamat. Terbaharu penyanyi…
  • Pejabat baru Facebook
    14.01.2012 - 0 Comments
    TAMAN MENLO, Amerika Syarikat (AS) - Ibu pejabat baharu laman sosial popular Facebook telah dibuka di…