Doktor Didenda AS$90,000 Kerana Gurauan Bom Dalam Bagasi ~ Bila Han Bercerita

Tuesday, 2 December 2014

Doktor Didenda AS$90,000 Kerana Gurauan Bom Dalam Bagasi

Doktor Didenda AS$90,000 Kerana Gurauan Bom Dalam Bagasi


MIAMI: Gurauan seorang doktor yang memberitahu terdapat bom di dalam bagasinya di Lapangan Terbang Antarabangsa Miami membawa padah apabila dia dikenakan denda hampir AS$90,000 (RM308,553).
Manuel Alvarado, 60, perlu membayar sebanyak AS$89,172 (RM307,868) kerana mengeluarkan kenyataan tersebut.

Tindakannya itu turut mengakibatkan usaha pemindahan kecemasan terpaksa dilakukan di Lapangan Terbang Antarabangsa Miami, banyak penerbangan ditunda dan pemeriksaan oleh skuad bom polis, kata peguamnya, Brian Bieber.

Insiden tersebut berlaku sejurus sebelum penumpang menaiki penerbangan Aviance ke Bogota pada 22 Oktober lalu apabila doktor warga Venezuela itu dengan nada bergurau memberitahu pegawai keselamatan bahawa dia membawa bahan letupan jenis C-4.

Walaupun dia kemudiannya memberitahu bahawa kenyataan tersebut hanya sekadar gurauan tetapi ia sudah terlambat kerana pihak berkuasa lapangan terbang mengambil seirus terhadap perkara itu.

Bieber berkata, dia tidak berniat untuk menakutkan sesiapa dan menyedari apa yang dilakukannya sebagai kesilapan terburuk dalam hidupnya.
Sejak tragedi serangan terhadap Amerika Syarikat (AS) pada 11 September 2011 , penalti terhadap ancaman bom telah diperketatkan beberapa kali.

sumber

P/s : takde keje cari keje..kan tak memasal kena bayar denda berpuluh ribu...


Share:

Related Posts:

0 comments:

Post a Comment

loading...

Spectacular Promotions

Blog Archive

Artikel Random

  • Petua Membersihkan Kesan Lilin Pada Buah Anggur
    14.04.2017 - 0 Comments
    Buahan-buahan seperti anggur dan epal yang diimport dari luar negara biasanya disalut dengan lilin…
  • Senarai menu dan kedai rakyat 1Malaysia - Makan pagi RM2 / Tengahari RM4
    25.02.2012 - 1 Comments
    Makan, makan dan makan..itula rutin rakyat Malaysia, memang negara kita ni kaya dengan pelbagai…
  • Perogol Kanak-kanak Dipenjara 560 Tahun
    15.01.2012 - 0 Comments
    PHOENIX — Seorang lelaki yang berada dalam senarai paling dikehendaki di Amerika Syarikat, dihukum penjara…
  • Kapal Kelas Zumwalt DDG 1000: Kapal Pemusnah Generasi Terbaru Tentera Laut AS
    10.05.2017 - 0 Comments
    Tentera Laut AS kini memiliki aset terbaru dalam armada mereka iaitu kapal pemusnah USS Zumwalt yang siap…
  • Gila : Helah isteri buat laporan dirogol, tutup aib
    12.07.2012 - 0 Comments
    Gambar Hiasan MUAR - Seorang isteri tergamak membuat laporan polis palsu mendakwa dirogol, gara-gara…