Kota purba ditemui ‘terkubur’ di laut Mesir ~ Bila Han Bercerita

Saturday, 6 December 2014

Kota purba ditemui ‘terkubur’ di laut Mesir

Kota purba ditemui ‘terkubur’ di laut Mesir


ALEXANDRIA - MESIR. Sebelum ini ramai menyangka bahawa kota purba, Thonis-Heracleion hanyalah sebuah kota lagenda.

Namun penemuan ke atas kota tersebut pada tahun 2000 sekaligus menyangkal dakwaan pelbagai pihak, menjadikan kota yang selama ini dikatakan mitos, sebenarnya wujud di bumi ini!

Kota purba ini dikatakan lenyap di sekitar kawasan Mediterranean sekitar 1,200 tahun dahulu.

Menurut laporan yang dipetik menerusi portal Mirror.co.uk, ciri-ciri yang terdapat pada sejarah, ukiran dan binaan yang terdapat di kota tersebut hampir menyerupai kota purba Atlantis.

Sekumpulan penyelidik yang merupakan ahli arkeologi berkata, penemuan tersebut bermula di bahagian utara pantai Mesir.

Kota purba ditemui ‘terkubur’ di laut Mesir


Kata seorang penyelidik, Franck Goddio, kumpulannya mula menjejak semula kota tersebut sebelum menemui bahagian-bahagian kota lama itu yang berada jauh di dasar laut.

“Setakat ini, pihak kami telah menemui serpihan-serpihan yang mempunyai hubung kait dengan kota tersebut.

“Pihak kami menemui 64 bangkai kapal pedagang yang dipercayai menjalankan urus niaga dengan penduduk kota tersebut, syiling emas dan patung-patung gergasi sebesar 16 kaki," katanya.

Selain itu, pihaknya melaporkan turut menemui kepingan batu berukir tulis purba Yunani dan Mesir Purba di tapak penemuan kota tersebut.

Berdasarkan teori awal penyelidik, kota tersebut dikatakan ‘tergelincir’ ke dasar laut 1,000 tahun selepas ia dibina pada abad kelapan sebelum Masihi.

Sebelum kota Thonis-Heracleion hilang, ia dikatakan dibina di sekitar muara Sungai Nil.

“Andaian itu dibuat berdasarkan patung granit merah Dewa Hapi iaitu dewa Sungai Nil yang dijumpai bersama dengan penemuan kota tersebut.

“Patung tersebut juga merupakan antara patung terbesar pernah ditemui oleh pihak kami,” jelasnya seperti yang dipetik menerusi laporan tersebut.

 Antara teori lain yang turut dikemukakan termasuklah kenaikan paras air laut dan tragedi bencana alam yang menimpa, menyebabkan kota tersebut ‘terkubur’ ribuan tahun lamanya.

sumber


Share:

Related Posts:

0 comments:

Post a Comment

loading...

Spectacular Promotions

Blog Archive

Artikel Random

  • RETRO : Iklan Handphone Pada Tahun 1989
    06.10.2012 - 0 Comments
    woot!! giler lar,retro giler.telefon besar gedabak.kalau sekarang ni wujud lagi.bawak pergi public confirm…
  • PM Israel lari Takut Kena Bom !!
    20.11.2012 - 0 Comments
    TV Israel melaporkan: "Hamas mengejutkan kita kali ini dengan serangan terhdap Tel Aviv dan yang lebih…
  • Kenapa wanita mengerang ketika hubungan intim?
    16.11.2020 - 0 Comments
     Sebagai wanita, pernah tak anda terfikir kenapa anda mengerang ketika berhubungan intim dengan suami?…
  • (VIDEO) Pelajar Genius Sufiah Yusof Kongsi Pengalaman Hidup
    12.02.2015 - 0 Comments
    rata2 rakyat Malaysia sangat sinonim bila sebut je pasal pelajar pintar sufiah yusuf..Memasuki Oxford pada…
  • COOL GILA !! Kereta Api Harimau Malaya Transformasi Baru KTMB
    15.02.2012 - 0 Comments
    JOHOR BAHRU: Kecekapan sistem kereta api di Jepun dan Jerman menjadikan dua negara itu antara yang…