7 Makanan Untuk Meningkatkan Prestasi Seks ~ Bila Han Bercerita

Tuesday, 17 January 2012

7 Makanan Untuk Meningkatkan Prestasi Seks

7 Makanan Untuk Meningkatkan Prestasi Seks

Berikut disenaraikan makanan yang boleh membantu anda semua meningkatkan prestasi seks :)

*Tiram
Khas untuk kaum lelaki, Tiram telah dibuktikan secara saintifik dapat menguatkan organ seks lelaki, dan meningkatkan keinginan untuk seks. Tiram juga terkenal sebagai ‘afrodisiak’ semulajadi serata dunia.

*Pisang
Pisang mengandungi enzim bromelain yang boleh meningkatkan daya dan tenaga seksual. Tidak ketinggalan juga pisang mengandungi banyak Vitamin B semulajadi yang boleh meningkatkan daya ketahanan badan anda.

*Bawang
Kajian saintifik membuktikan sejenis bahan di dalam bawang iaitu ‘garlicin’ membantu sistem badan meningkatkan pengaliran darah ke organ seks, secara langsung membuatkan organ seks anda dapat berfungsi dengan lebih baik. Terdapat juga khabar angin yang mengatakan bawang dapat meningkatkan kepekatan air mani bagi kaum lelaki, tetapi fakta ini belum dapat dibuktikan secara saintifik.

*Daun Saderi
Daun saderi atau ‘celery’ mengandungi sejenis enzim ‘adrosterone’ yang bertindakbalas dengan hormon semulajadi lelaki dan membuatkan kaum lelaki berkeinginan untuk seks.

*Strawberi
Buah strawberi dikatakan dapat meningkatkan daya imaginasi seks ke tahap yang tinggi. Walaupun tidak dapat dibuktikan, ramai yang percaya dan menggunakan strawberi di dalam teknik foreplay. Jadi jika anda percaya, sudah pasti daya imaginasi seks anda akan meningkat, lagipun semuanya adalah bergantung kepada kuasa minda anda.

*Badam
Badam atau ‘Almond’ mengandungi hormon yang boleh merangsang keinginan seks. Bau yang dihasilkan oleh badam juga dikatakan dapat meningkatkan nafsu ghairah kaum wanita. Oleh itu tidak hairan banyak aromaterapi yang menggunakan bau almond di dalam produk mereka.

*Coklat
Coklat telah diketahui dapat menjadikan seseorang itu gembira, tenang dan relaks. Oleh itu pengambilan coklat sebelum beraksi akan mempengaruhi prestasi anda ketika berasmara.

P/S:Kalau ada sape2 yg tau tips2 lain,boleh la share sekali :)
Share:

Related Posts:

0 comments:

Post a Comment

loading...

Spectacular Promotions

Blog Archive

Artikel Random

  • Nenek 70 tahun lahirkan bayi di India
    10.05.2016 - 0 Comments
    Mohinder Singh Gill, 79, duduk bersama isterinya, Daljinder Kaur, 70, yang memangku bayi lelaki yang…
  • WOW : 1,000 Pekerja Facebook Jadi Jutawan
    13.03.2012 - 0 Comments
    SEBAHAGIAN daripada pekerja Facebook yang bakal menjadi jutawan menjadi penghias dokumen tawaran IPO…
  • GEMPAR !! Menerima Padah, Rokok Elektronik Meletup
    06.03.2012 - 1 Comments
    PENSACOLA (Florida) – Seorang lelaki yang cuba menyingkirkan tabiat merokok dengan menyedut rokok…
  • WAJIB TENGOK!! budak comel yang tahan dari ngantuk
    27.01.2012 - 0 Comments
    budak comel yang akan buat korang tergelak gile2
  • COOL : Lelaki Ini Cipta Rekod Menaip Terpantas Di Dunia Dengan Menggunakan Hidung
    11.11.2014 - 0 Comments
    Mempunyai satu rekod dunia mungkin kelihatan tidak mencukupi bagi sesetengah orang. Mohammed Khurshid…