Ketua kongsi gelap maut berbalas tembakan dengan polis ~ Bila Han Bercerita

Tuesday, 17 January 2012

Ketua kongsi gelap maut berbalas tembakan dengan polis


GEORGETOWN: Ketua kumpulan kongsi gelap yang dikenali sebagai Geng 08 mati selepas berbalas tembakan dengan polis di Paya Terubung, di sini awal, hari ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang, SAC II Zahruddin Abdullah, berkata bertindak atas maklumat awam dan risikan, polis peronda mengesan lelaki berusia 52 tahun yang dikehendaki polis.
Ketika itu, lelaki terbabit sedang memandu di Jalan Kampung Melayu di sini pada jam 2.30 pagi, katanya.
Beliau berkata, polis mengikuti lelaki berkenaan dan sebaik tiba di lampu isyarat kawasan perumahan flat Green Garden, dia memecut kenderaannya ke arah Jalan Paya Terubong apabila menyedari sedang diintip.

"Dia melanggar kereta polis sebelum keluar dari kereta dan melarikan diri ke sebuah kawasan kebun durian sebelum melepaskan beberapa das tembakan ke arah polis," katanya kepada pemberita di sini.

Zahruddin berkata, berdasarkan siasatan, polis mendapati ketua Geng 08 itu berasal dari Georgetown dan dikehendaki polis kerana aktif melakukan jenayah pemerasan di sekitar kawasan Air Itam, di sini. - BERNAMA
Share:

Related Posts:

0 comments:

Post a Comment

loading...

Spectacular Promotions

Blog Archive

Artikel Random

  • Kisah Pak Cik 92 Tahun Jual Mi Goreng RM2.50 Jadi Viral
    20.11.2015 - 0 Comments
    GEORGE TOWN: Peniaga mi goreng di Lorong Tamil, di sini, Abdul Karim Pakir sudah berusia 92 tahun tetapi…
  • COOL :
    10.11.2012 - 0 Comments
    Jalan yang boleh menyala dalam gelap dan mungkin pada suatu hari mampu mengecas kereta elektrik anda…
  • Petua Untuk Mematahkan Sihir
    07.10.2012 - 0 Comments
    Pilihan 1: Sentiasa berada dalam wuduk sepanjang hari. Selagi kita dalam berwuduk selagi itulah sihir…
  • Saham Facebook terus jatuh, CEO rugi RM22b
    28.07.2012 - 0 Comments
    NEW YORK - Nilai pegangan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Facebook, Mark Zuckerberg dalam syarikatnya…
  • ‎6 Kebaikan Mandi Sebelum Subuh
    29.10.2012 - 0 Comments
    menurut kajian sains, kandungan gas ozon pada waktu pagi lebih tinggi dari waktu lain. oleh itu, gas…