Sebab Penjara Pudu Ditutup ~ Bila Han Bercerita

Monday, 23 January 2012

Sebab Penjara Pudu Ditutup

pudujail


Berlaku di Penjara Pudu Kuala Lumpur di suatu ketika dulu.. Hanya boleh disebarkan pada orang2 tertentu sahaja…Sebelum Penjara Pudu ditutup dulu pernah diceritakan bahawa terdapat satu bilik dipanggil “Bilik Terakhir”. Dibilik inilah seringnya berlaku kejadian pelik sejak Penjara Pudu ditutup. Dinamakan “BILIK TERAKHIR ” adalah kerana dulu ia merupakan bilik kediaman terkahir bagi si pesalah jenayah berat sebelum menjalani hukuman gantung sampai mati pada keesokan harinya dibilik gantung.

Di BILIK TERAKHIR inilah pesalah dikatakan akan meratap, menangis, menjerit, bercakap seorang diri dan berbagai lagi perlakuan kerana menyesali kesalahan mereka yang lalu. Mereka menjadi begitu kerana dikatakan tidak kuat semangat menghadapi maut keesokan harinya yang telah diketahui mereka.
Menurut kata warden-warden yang masih ada di Penjara Pudu sewaktu proses pengosongan Penjara Pudu dijalankan, mereka sering terdengar suara-suara sayu meminta tolong, suara orang menangis dan bermacam-macam lagi dari Bilik Terakhir tesebut. Tak kurang juga ada diantara warden yang terlihat seekor kambing hitam sering masuk menembusi pintu bilik itu tanpa dibuka dan kemudian tidak pula kelihatan kambing keluar semula..

Ramai bomoh dan pawang yang dipanggil bagi memulihkan bilik tersebut mengatakan bahawa suara-suara yang sering kedengaran diwaktu malam dari Bilik Terakhir itu adalah akibat roh-roh pesalah yang mati ditali gantung tersebut tidak tenteram kerana mati mereka ditali gantung.
Nak dijadikan cerita pada suatu malam Jumaat ketika hujan renyai-renyai seorang warden telah ditugaskan mengawal kawasan yang berhampiran dengan “Bilik Terakhir” itu. Ketika sedang berkawal kira-kira lebih kurang pukul 01:00 pagi beliau terdengar seperti tapak kaki sedang berlari-lari berhampiran bilik tersebut. Ia cuba beranikan diri untuk untuk melihat apakah bendanya itu.Sedang ia mengamat-amati maka terlihatlah dalam kesamaran seekor kambing hitam sedang menuju kearah Bilik Terakhir itu lalu lesap begitu saja. Ia berasa harian bagaimana seekor kambing boleh ada dikawasan itu? Oleh kerana ingin tahu ia beranikan juga diri menghampiri Bilik Terakhir itu.

Alangkah terperanjatnya mendapati pintu bilik itu telah bertukar menjadi pintu gua. Mulalah ia berasa gementar, seram serta menggigil ketakutan namun diberanikan juga diri memasuki pintu gua yang samar-samar itu sambil meninjau- ninjau didalamnya jika terlihat akan kambing tadi. Apabila apabila sampai je kedalam gua tersebut alangkah terperanjatnya ia bila didapati banyak harta karun dalamnya…. Ia cuba mengambil harta itu tetapi tiba-tiba hilang dari pandangan lalu menjelmalah satu lembaga yang mengerikan seraya berkata,


“Heyyyyyy manusiaaa.. Jangan awak
sentuh harta itu.. Hartaaaa itu bukan
kauuu yang punyaaaa ” ” Ahmaaaaaad
Albab yang punyaaaaaa ” Ha Ha Ha Ha
Ha ” Yaaaaaaa, Ahmaaaaadd Albab yang
punyaaaaaa … “


P/s: sorry geng.ni lawak je.hehe.aku pon terkena gak.

sumber

Share:

Related Posts:

6 comments:

  1. ha..ha..ha........................................................................

    ReplyDelete
  2. ni mesti pakar dlam bab mngena org kan....

    ReplyDelete
  3. seram la bla tngok pnjara pudu ni....

    ReplyDelete
  4. klau saya tggl sorng2 dlm pnjara ni sah2 dah pngsan.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. miss bella:jangan risau,penjara mesti duk ramai2 punye,keke,gurau je,ni pon copy dari kawan2,saya pon terkena,hehe

      Delete

loading...

Spectacular Promotions

Blog Archive

Artikel Random

  • COOL : Inilah Taman Bunga Terkecil Di Dunia
    02.04.2013 - 0 Comments
    Mill Ends Park yang terletak di pusat bandar Oregon, Amerika Syarikat merupakan sebuah taman bunga…
  • Video : Isteri serang & bogelkan 'kekasih' suaminya di Starbucks
    15.05.2017 - 0 Comments
    CHINA - Seorang isteri yang tidak dapat lagi mengawal kemarahannya bertindak menyerang wanita yang…
  • GILA DAN LAWAK !! Bom kentut cetus huru-hara
    19.02.2012 - 0 Comments
    MISSISSIPPI: Gara-gara menggunakan perkataan sensitif pada tempat yang salah, seorang remaja berusia 19…
  • COOL !! Pekerja Swasta Menang RM9,700 Kerana 'Hukum Karma'
    16.03.2012 - 0 Comments
    Pendengar Suria FM dari Pulau Pinang, Hasmah Yusof menerima replika cek bernilai RM9,700 daripada penyanyi…
  • COOL : 16 Barangan Yang Termahal Di Dunia
    09.05.2012 - 2 Comments
    Sebelum ni kita menyangka bahawa org yangmempunyai berlian,emas,kristal adalah orang kaya kerana mampu…