10 Fakta Menarik Tentang Telur Ayam ~ Bila Han Bercerita

Saturday, 14 July 2012

10 Fakta Menarik Tentang Telur Ayam

10 Fakta Menarik Tentang Telur Ayam


1) Telur ayam mempunyai nilai penggunaan protein (net protein utilization) 100 % berbanding dengan daging ayam (80 %) dan susu (75 %).

2) Kulit telur terdiri daripada kalsium karbonat yang juga merupakan bahan utama beberapa jenis antacids. Sekitar 9-12 % berat telur terdiri daripada kulitnya. Kulit telur juga memiliki pori-pori halus yang membolehkan oksigen masuk dan karbon dioksida serta lembapan keluar.

3) Putih telur mengandungi protein yang disebut albumen dan niacin (vitamin B3), riboflavin (vitamin B2), klorin, magnesium, potasium, sodium dan sulfur. Putih telur juga terdiri daripada 57 % dari protein telur.

4) Warna kuning dari telur ditentukan oleh makanan ayam betina. Makin banyak dedak yang dimakan oleh ayam betina, makin teranglah warna kuning telurnya. 

5) Warna telur juga penting dalam menentukan usia telur dan faktor lainnya. Menurut Egg Safety Center, Amerika, warna putih telur yang agak keruh menandakan telur itu segar. Warna putih yang jernih menandakan telur itu berasal dari ayam yang sudah tua. Hindarkan daripada makan telur yang berwarna putih kemerah-merahan atau yang sudah berubah ke warna lain. 

6) Kadang-kadang akan ada sedikit darah dalam telur. Darah ini berasal daripada pembuluh darah di bahagian kuning telur yang pecah. Namun telur ini tetap boleh dimakan. 

7) Ketika ditetaskan, suhu telur berada sekitar 40.5 darjah Celcius. Sekiranya suhu semakin dingin, cairan di dalamnya akan mengendap dan membentuk sel udara antara dua lapisan telur. 

8) Seekor ayam betina mampu bertelur 250-270 telur setiap tahun nya.

9) Sebahagian besar rakyat Amerika lebih suka kepada telur ayam yang berwarna putih. Di Malaysia pula, telur ayam kebanyakannya berwarna coklat. 

10) Jika dibandingkan dengan telur ayam, telur itik memiliki bau yang lebih hamis dan kulitnya memiliki pori yang lebih besar sehingga lebih sesuai untuk dijadikan telur masin.

P/s :mari amalkan makan telur ayam.ngehehe
Share:

Related Posts:

0 comments:

Post a Comment

loading...

Spectacular Promotions

Blog Archive

Artikel Random

  • Anak David Beckham Disingkarkan Dari Arsenal
    26.02.2015 - 0 Comments
    Impian anak lelaki sulung David Beckham, Brooklyn, untuk mengecapi kejayaan sebagai pemain bola sepak…
  • Gambar Mia Sara Nasuha ketika kecil
    07.07.2012 - 0 Comments
    Serius comel.!!huhu.harap2 bile da besar nanti dia dapat tutup aurat dengan…
  • Dulu Jual Air kepada Singapura Sekarang nak Jual Elektrik Pula
    22.01.2012 - 0 Comments
    Malaysia sedang meneroka cadangan untuk menjual elektrik ke Singapura, yang akan dilaksanakan menerusi…
  • WOW !! REKAAN RUMAH & HIASAN BILIK YANG COOL
    02.04.2012 - 0 Comments
                               …
  • Fakta : Air Mani Digunakan Oleh Agen Perisikan MI6 Untuk Menulis Surat Rahsia
    11.04.2017 - 0 Comments
    LONDON - Sperma pernah digunakan sebagai cecair tulisan lutsinar yang paling efektif kerana tidak boleh…