Pakej gaji CEO baru Yahoo AS$70 juta ~ Bila Han Bercerita

Sunday, 22 July 2012

Pakej gaji CEO baru Yahoo AS$70 juta


Marissa Mayer


NEW YORK: Pakej ganjaran Ketua Eksekutif (CEO) baru Yahoo, Marissa Mayer boleh mencecah lebih daripada AS$70 juta (RM220.44 juta) merangkumi gaji, bonus, saham terhad dan saham opsyen dalam lima tahun, demikian mengikut pemfailan undang-undang oleh syarikat itu.

Pakej ganjaran kepada Mayer itu dipecahkan kepada gaji tahunan sebanyak AS$1 juta, bonus tahunan (AS$2 juta), saham opsyen dan beberapa anugerah lain AS$42 juta serta AS$14 juta dalam bentuk saham terhad bagi menandingi tawaran yang diberikan Google Inc. Sebagai jurutera perempuan Google yang pertama dan juga pekerja paling awal, nilai bersih Mayer dianggarkan sehingga AS$300 juta.
Pelantikan Mayer sebagai CEO Yahoo yang diambil daripada Google awal minggu ini memeranjatkan penganalisis, pelabur dan beberapa kakitangan.

Mayer, 37, menggantikan pemangku CEO, Ross Levinsohn untuk menjadi CEO Yahoo ketiga dalam tempoh setahun.

Pemerhati industri percaya pemilihan Mayer berbanding Levinsohn adalah petunjuk bahawa Yahoo kemungkinan mahu kembali menumpukan fokus kepada teknologi dan produk web daripada menguatkan kandungan dalam talian.

Pelantikannya juga menandakan tahun yang bercelaru di Yahoo. Pada Mei lalu, Scott Thompson meletak jawatan sebagai CEO selepas kurang dari enam bulan menduduki kerusi itu ketika kontroversi mengenai kelayakan akademiknya.
Thompson menggantikan Carol Bartz yang dipecat September lalu selepas gagal menaikkan semula Yahoo.

Jumlah ganjaran pelantikan Thompson adalah bernilai AS$27 juta. Beliau tidak mendapat ganti rugi tetapi masih dapat memiliki pampasan meninggalkan Paypal sebanyak AS$7 juta. Bartz pula mendapat ganti rugi lebih daripada AS$10 juta apabila dipecat tahun lalu.

Mayer yang digelar sebagai ‘geek’ memiliki ijazah sarjana dalam sains komputer dari Universiti Stanford dan diiktiraf kerana membawa masuk lebih ramai wanita dalam dunia teknologi.

Mayer melaporkan diri sebagai CEO pada hari pertama Selasa lalu, iaitu hari yang sama Yahoo mengumumkan laporan kewangan yang lemah dengan pendapatan bersih tidak berubah dan sedikit penurunan dalam keuntungan bagi sukuan kedua.

Beliau bagaimanapun tidak terbabit dalam pengumuman laporan kewangan itu walaupun sudah menjadi sebahagian daripadanya.

Malah, Levinsohn juga tidak hadir pada pengumuman itu yang dikendalikan oleh Ketua Pegawai Kewangan Yahoo, Tim Morse.

Mayer sudah pun memahatkan dirinya sebagai antara peneraju wanita di Lembah Silikon dan dilihat seperti selebriti sama ada di dalam atau di luar pejabat.
Beliau dikenali dengan minatnya terhadap fesyen dan sering tampil dalam halaman pertubuhan kerana menganjurkan parti, yang diadakan sama ada di salun peribadi di rumah mewah empat musim di San Francisco atau di rumah kediaman di Lembah Silikon di Googleplex.

Pada 2009, beliau mengahwini pelabur hartanah, Zachary Bogue dan Mayer mengumumkan menerusi Twitter yang beliau dan suaminya menanti anak lelaki pertama, Oktober ini. - Reuters
Share:

Related Posts:

0 comments:

Post a Comment

loading...

Spectacular Promotions

Blog Archive

Artikel Random

  • Adik Elfira Loy Bertudung Kerana Mimpi Kiamat
    28.12.2012 - 0 Comments
    Kehadiran adik kepada pelakon, Elfira Loy iaitu Ezlisa Loy, 16, pada sidang media drama terbaru Debunga…
  • Pelik !! Trend Warnakan Bulu Ketiak Jadi Kegilaan Remaja Barat
    02.12.2014 - 0 Comments
    Trend ini mula diperkenalkan oleh seorang pendandang rambut di Amerika Syarikat, Roxie Hunt yang mana…
  • 20 PERKARA YANG BERUBAH SELEPAS ANDA MEMPUNYAI ANAK!
    08.05.2012 - 1 Comments
    Sering kali rakan-rakan kita memberi peringatan kepada kita ketika kita sedang mengandungkan anak…
  • Padah buang puntung rokok dalam lubang pembentungan
    14.04.2017 - 0 Comments
    TEHRAN, IRAN - Seorang lelaki terselamat dari maut selepas membuang puntung rokok ke dalam lubang…
  • COOL : Inilah Jalan Tercantik Di Dunia
    15.03.2013 - 0 Comments
    Rua Goncalo de Carvalho ialah sebatang jalan yang terletak di Porto Alegre, bandar terbesar di negeri Rio…