Hobi Simpan Koleksi Video Lucah Bawa Padah ~ Bila Han Bercerita

Thursday, 12 July 2012

Hobi Simpan Koleksi Video Lucah Bawa Padah






KUALA TERENGGANU : Hobi bawa padah, itulah yang boleh digambarkan kepada seorang pemandu lori yang memiliki tabiat buruk menyimpan pelbagai koleksi rakaman video lucah di dalam telefon bimbit miliknya.

Bagaimanapun, tabiat tidak bermoral bapa kepada seorang anak ini membawa padah apabila dikenakan denda RM1,500 atau tiga bulan penjara oleh Mahkamah Majistret, di sini, semalam.

Majistret Rozianti Mohamed Hanaphi menjatuhkan hukuman itu selepas tertuduh, Mohd Azam Manap @ Awang, 32, dari Pekan Sari, Tepoh, di sini, mengaku salah terhadap pertuduhan memiliki bahan lucah.

Mohd Azam mengaku memiliki 13 rakaman video lucah yang disimpan di dalam telefon jenama Nokia model 7610 di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Terengganu kira-kira jam 4.15 pagi, 31 Julai 2008.

Dia mengaku melakukan kesalahan di bawah Seksyen 292 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tiga tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika disabitkan kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa, Asisten Superintendan Ngiam Ooi Ming manakala Mohd Azam tidak diwakili peguam. Berdasarkan fakta kes, pemeriksaan lanjut polis terhadap badan Mohd Azam yang ditahan di Pejabat BSJIPD Kuala Terengganu telah menemui sebuah telefon bimbit.

Pemeriksaan lanjut terhadap telefon bimbit berkenaan, polis menemui 13 rakaman video lucah. Sebelum ini, Mohd Azam yang dibebaskan dengan jaminan gagal menghadirkan diri ke mahkamah pada tarikh yang diberikan sebelum satu perintah waran tangkap dikeluarkan bagi menahannya.

Terdahulu, Mohd Azam dalam rayuannya memohon mahkamah meringankan hukuman terhadapnya atas alasan sudah insaf dan tidak lagi melakukan perbuatan sama. Dia turut memohon mahkamah tidak mengenakan hukuman penjara atas alasan perlu menjaga seorang anak yang masih bersekolah.

P/s :Rosak akidah.huhu.tapi yang pelik menari tiang rm 25 je.yang ni simpan video lucah kena RM1500.pokok pangkalnya adalah pemimpin kena cari inisiatif supaya rakyat lebih kepada islam.just sayin~
Share:

Related Posts:

0 comments:

Post a Comment

loading...

Spectacular Promotions

Blog Archive

Artikel Random

  • FAKTA WAJIB TAHU !!Nada dering telefon boleh lemahkan otak
    19.02.2012 - 0 Comments
    LONDON: Sekumpulan penyelidik berkata penyelesaian masalah atau mengingati sesuatu perkara menjadi lebih…
  • Cool : Rolls Royce Rancang Untuk Bina Armada Kapal Kargo Tanpa Pemandu
    28.04.2017 - 0 Comments
    Seperti yang kita tahu, pesawat drone secara perlahan-lahan sedang mengambil alih ruang udara dengan versi…
  • ALLAHUAKBAR !! KESIAN MATI DALAM KEADAAN TERSEPIT
    16.03.2012 - 1 Comments
    KUALA LIPIS: Akibat dipercayai gagal menarik brek tangan, seorang pemandu lori hantu terpaksa menempuh…
  • Professor lost his job and got heavy penalty due to having a second child
    02.03.2012 - 0 Comments
    Yang Zhizhu, shown here in front of the Beijing Youth Politics College, was fired by the institute…
  • Pelajar Wanita Ini Nekad Tinggalkan Apartment Dan Tinggal Dalam Kereta Api
    25.10.2015 - 0 Comments
    Seorang pelajar Jerman telah menemui satu cara baru untuk mengelakkan dirinya daripada membayar sewa…