Khairul Fahmi Che Mat Lakon Watak Sebagai Pengawal Keselamatan Untuk Drama Pendek ~ Bila Han Bercerita

Sunday, 1 July 2012

Khairul Fahmi Che Mat Lakon Watak Sebagai Pengawal Keselamatan Untuk Drama Pendek



Tidak perlu diragukan lagi, kini Khairul Fahmi Che Mat seorang selebriti dan kisah beliau sering diekori pembuat cerita seperti kami.

Pernah dulu Khairul Fahmi atau Apex memberitahu tidak mahu menceburkan diri dalam bidang lakonan sepenuh masa, tetapi beliau tidak menolak untuk berlakon dalam iklan TV.

Terbaru, Apex melakonkan watak pengawal keselamatan warga asing Nepal untuk drama pendek yang telah pun dimuat naik ke laman Youtube.

Sungguhpun Apex sebelum ini pernah muncul dalam muzik video penyanyi Andi A Merican, watak yang diberikannya dalam cerita ini lebih mencabar kerana Apex perlu banyak bermain dengan riak wajah dan emosi.

Malah, Apex juga perlu melafazkan skrip dalam dialog warganegara Nepal.

Menerusi drama pendek berkenaan, Apex memainkan peranan sebagai pelakon utama dan berlakon bersama penyampai radio popular, Fabes Fly FM.

Disamping Fabes, pelakon kacak, Zain Saidin turut sama membuat penampilan istimewa bersama seorang lagi pemain bola sepak kebangsaan, Mahali Jasuli.

Difahamkan, drama pendek berjudul Semua Boleh Bolt itu mempunyai empat siri yang mana siri pertama sudah pun disiarkan sejak semalam.

Video drama pendek selepas ini dan nilai lah sendiri lakonan Apex. Boleh tahan dan kelakar.



khlive

Share:

Related Posts:

1 comment:

loading...

Spectacular Promotions

Blog Archive

Artikel Random

  • COOL !! Trafik Yahoo! Malaysia Meningkat 600%
    22.02.2012 - 0 Comments
    KUALA LUMPUR – Yahoo! baru-baru ini mengumumkan pengembangan integrasinya dengan rangkaian sosial…
  • Petua Kuruskan Badan Tanpa Ubat-ubatan
    16.06.2012 - 1 Comments
    JANGAN BERLAPAR/ BIARKAN PERUT KOSONG Makanan adalah sumber tenaga. Apabila kita menggunakan tenaga…
  • Pakej gaji CEO baru Yahoo AS$70 juta
    22.07.2012 - 0 Comments
    NEW YORK: Pakej ganjaran Ketua Eksekutif (CEO) baru Yahoo, Marissa Mayer boleh mencecah lebih daripada…
  • Seorang Kakitangan Google Pilih Untuk Tinggal Dalam Trak
    25.10.2015 - 0 Comments
    Seorang jurutera syarikat terkemuka Google berjaya membuktikan bahawa gaya hidupnya dengan tinggal di…
  • Harga Semua Jenis Rokok Naik Mulai 12.00 Malam Ini
    05.11.2014 - 0 Comments
    Adalah dimaklumkan, susulan kenaikan duti eksais oleh Kerajaan pada 1 November 2013, Commercial Marrketers…