Pembantu rumah dari indonesia menjadi jutawan dengan sekelip mata!! ~ Bila Han Bercerita

Wednesday, 11 July 2012

Pembantu rumah dari indonesia menjadi jutawan dengan sekelip mata!!

Pembantu rumah dari indonesia menjadi jutawan dengan sekelip mata!!


Arab Saudi – Seorang wanita warga Indonesia yang pada mulanya datang ke Arab Saudi untuk bekerja sebagai pembantu rumah, kini menjadi juwatan selepas mewarisi harta daripada bekas majikannya berjumlah $5.45 juta.

Tuahnya datang menggolek selepas majikannya itu bertukar menjadi suaminya, lapor akhbar Okaz.

Dia datang ke Arab Saudi hampir sedekad lalu untuk bekerja dengan seorang taikun di bandar Taif.

Namun selepas dua tahun berkerja, majikannya jatuh cinta dengannya dan mereka berkahwin.

Namun perkahwinan itu hanya bertahan selama dua tahun selepas suaminya meninggal dunia.

“Selepas meninggal dunia, taikun itu meninggalkan harta,’ lapor akhbar berkenaan.

Antara harta peninggalan suaminya ialah tanah dan bangunan apartmen di Taif.

Sebaik sahaja suaminya meninggal dunia, wanita itu tidak meninggalkan Arab Saudi kerana ingin mendapatkan harta peninggalan berkenaan.

Bagaimanapun bukan mudah untuk wanita itu mendapat harta tersebut kerana berlaku perebutan dengan anggota keluarga suaminya itu sehingga kes itu terpaksa dibawa ke mahkamah.

Dan selepas 8 tahun kes itu dibicarakan, akhirnya Hakim Sheikh Abdurrahman al-Dakhil memutuskan dia berhak mewarisi harta peninggalan suaminya.

Keseluruhan harta suaminya bernilai $80 juta dan ada sebahagiannya telah dijual.

P/s :giler kentang!!rezeki dia la.huhu

sumber

Share:

Related Posts:

0 comments:

Post a Comment

loading...

Spectacular Promotions

Blog Archive

Artikel Random

  • Sarung tinju Muhammad Ali dilelong
    16.07.2016 - 0 Comments
    HARRISBURG, Pennsylvania 12 Julai - Sarung tinju yang digunakan Muhammad Ali ketika ditewaskan Joe…
  • Jadi Ayah Pada Usia 13, Sean Stewart Adalah Ayah Yang Paling Muda Di Dunia
    27.11.2016 - 0 Comments
    Pada tahun 1998, seorang remaja bernama Sean Stewart telah mencipta rekod menjadi bapa pada usia 13…
  • WOW : Ubat Gigi Berperisa Coklat Ganti Agen Pemutih Gigi, Flourida
    27.04.2017 - 0 Comments
    Dengan penemuan terbaru ini, bahan coklat akan menggantikan agen pemutih gigi, Florida dalam pembuatan…
  • Lelaki Pecah Rekod Dunia, Push Up 13,186 Kali Untuk 8 Jam!
    01.05.2017 - 0 Comments
    Obses dengan senaman push up, seorang lelaki telah memecah rekod dunia dengan melakukan 13,186 kali push…
  • BEN ASHAARI AJAK BERKENALAN
    25.03.2012 - 13 Comments
    Hey guys,korang kenal abang kacak atas tu?keke.nama dia Ben Ashaari,erm..tak kenal baik xyah jadi…