PERGH : Blog Oh Bulan Disaman RM1juta ~ Bila Han Bercerita

Friday, 27 July 2012

PERGH : Blog Oh Bulan Disaman RM1juta


Blog Oh Bulan Disaman RM1juta


Bekas isteri penyanyi popular Hattan menfailkan saman bagi menuntut ganti rugi RM1 juta terhadap pemilik blog hiburan Oh Bulan! kerana menyiarkan artikel fitnah mengenainya.

Noorfarashikin Othman, 32, seorang peniaga, menfailkan saman itu di pejabat pendaftar Mahkamah Tinggi, pada 3 Julai lepas melalui Tetuan Ranjit Singh & Yeoh dengan menamakan Driven Communications Sdn Bhd sebagai defendan.

Noorfarashikin bercerai dengan Hattan atau nama sebenarnya Datuk Mohd Shukri Sahabuddin selepas dua bulan berkahwin.

Hari ini kes saman itu ditetapkan untuk pengurusan kes di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Nor Bee Ariffin.

Peguam Nizam Bashir yang mewakili Noorfarashikin memberitahu media bahawa mahkamah menetapkan 10 Ogos ini bagi defendan menfailkan pembelaan dan juga pengurusan kes.

Dalam pernyataan tuntutannya, wanita itu antara lain memohon ganti rugi am berjumlah RM1 juta, ganti rugi khas, teruk, teladan dan lain-lain relif yang difikirkan wajar oleh mahkamah.

Noorfarashikin mendakwa pada Januari lepas defendan melalaui laman web hhtp:/www.ohbulan.com/ telah menerbitkan satu artikel.

Beliau berkata artikel itu antara lain bermaksud beliau merupakan seorang yang curang, tidak boleh dipercayai dan isteri yang tidak setia.

Wanita itu berkata reputasi peribadi dan profesionalnya telah rosak dan beliau mengalami kesedihan, rasa malu dan tersinggung perasaan akibat penyiaran artikel itu. – Bernama
Share:

Related Posts:

0 comments:

Post a Comment

loading...

Spectacular Promotions

Blog Archive

Artikel Random

  • Petua Melayan Suami
    27.08.2012 - 0 Comments
    Ini merupakan pendapat peribadi seorang penasihat kepada bakal isteri atau wanita yang sudah berkahwin kearah…
  • [Fakta] 14 Sebab Kenapa Timun Baik Untuk Kesihatan
    11.11.2014 - 0 Comments
    Timun membekalkan jumlah air dalam badan  Timun mengandungi 90% air. Jika anda keputusan air,…
  • Awas menghisap rokok sebaik berbuka mengundang maut!
    27.07.2012 - 0 Comments
    Berbuka puasa dengan menghisap rokok boleh membawa maut, kata seorang pakar yang menggesa orang Islam…
  • COOL !! SUPERMAN VS HULK 3D YANG SANGAT REAL DAN MENGKAGUMKAN
    10.03.2012 - 0 Comments
    Jom tengok dorang lawan.serious awesome.,macam real siot
  • PELIK !! Pegawai di China dipecat kerana pakai jam berjenama dan hisap rokok mahal
    24.03.2012 - 0 Comments
    Seorang pegawai pejabat pemerintah China dipecat kerana menjalani gaya hidup mewah Zhou Jiugeng yang…