7 'C' Sebab SUAMI BENCI ISTERI (dari Dr Fadzilah Kamsah ) ~ Bila Han Bercerita

Saturday, 14 July 2012

7 'C' Sebab SUAMI BENCI ISTERI (dari Dr Fadzilah Kamsah )

7 'C' Sebab SUAMI BENCI ISTERI (dari Dr Fadzilah Kamsah )


Tips 7 'C' Sebab SUAMI BENCI ISTERI dari Dr Fadzilah Kamsah ini dikongsikan untuk renungan kita bersama.

1. CABAR

Isteri ni kalau bergaduh dengan suami mulalah kata, "Kalau awak berani cubalah [cabar suami cari perempuan lain]!" Dr Fadillah kata JANGAN CABAR SUAMI, nanti suami buat betul-betul isteri juga yang putih mata.

2. CABUL

Perbuatan dan kata-kata isteri yang tidak sopan (isteri hilang sifat malu) seperti mengeluarkan kata-kata yang tidak baik pada mertu.

3. CELUPAR

Celupar ni suku-sakat cabul juga. Isteri selalu cakap yang kotor, mungkin kadang2 terlepas cakap.

4. COMOT

Isteri bila nak keluar rumah saja barulah nak comel berhias tapi kat rumah comot. Suami d pejabat pula duk nampak y aje. Ada isteri kata - mekap untuk suami, tapi bila kat rumah tak mekap pun.

5. CEMBURU

Suami lemas kalau isteri cemburu berlebih-lebihan. Sikit-sikit duk telefon suami kat pejabat. Suami baru balik kerja dah kita tanya macam-macam. Suami balik lewat overtime dah syak yang bukan-bukan.

6. CEREWET

Suami tak suka bila isteri cerewet tak bertempat dan tak mengira waktu.

7. CINCAI

Buat kerja rumah cincai, masak cincai, kemas rumah cincai, jaga anak cincai. Dr Fadillah kata suami paling benci bila isteri cincai ketika menjaga anak. Anak dah masuk longkang tapi mak duk lepak depan tv lagi.

7C ini melambangkan keperibadian muslimah yang lemah akhlaknya. Berpelajaran tinggi hingga ke peringkat PhD pun, belum tentu tinggi akhlaknya.Tapi kita ni insan yg mudah lupa dan lalai. Ada masa tertentu, mungkin juga kerana sifat suami dan keadaan sekeliling yang buat kita mempunyai salah satu ciri2 7C tu.
Share:

Related Posts:

1 comment:

  1. bagaimana pula dgn suami?

    bila dgn isteri, dlm keadaan kotor dan comot, dan berbau!

    menggoda isteri dgn bercumbuan dan meraba tak kena tempat, (ie di luar bilik bahkan dekat malls) ttp bila isteri dah turn-on, bila sampai kat bilik, langsung tak layan, tak hiraukan!

    tak memenuhi dan memahami keperluan batin isteri. bila bawa berbincang, mempersendakan dan menghina isteri dgn kata2 yg amat hina, sampai menjatuhkan maruah isteri!

    wajarkah suami buat begitu?
    hanya isteri ke yang patut selau jaga keadaan suami, siapa nak jaga isteri, apatah lagi bila berlaku perubahan hormon??

    ReplyDelete

loading...

Spectacular Promotions

Blog Archive

Artikel Random

  • PENTING: Kejadian Ribut Geomagnetik Petanda Kiamat Makin Hampir?
    26.01.2012 - 0 Comments
    Satu fenomena letusan suar matahari dan semburan jisim korona (Coronal Mass Ejection, CME) telah…
  • WOW !! Jozan Dibayar RM50 Ribu Untuk Sejam?
    20.03.2012 - 0 Comments
    KUALA LUMPUR, 20 MAC 2012: Sebagai salah seorang pengikut program lawak nombor satu di Malaysia iaitu…
  • Perompak masuk ikut tandas, larikan RM200,000
    09.05.2016 - 0 Comments
    Kuala Lumpur – Sekumpulan penjenayah melarikan wang tunai kira-kira RM200,000 selepas memecah dua mesin…
  • PESANAN USTAZ AZHAR UNTUK KITA SEMUA
    03.03.2012 - 0 Comments
    sila zoom gambar untuk lebih jelas Fahami maksud ustaz.sangat mdalam..mari lah kita bermuhasabah diri :)
  • Senarai Top 20 Orang Terkaya Malaysia 2012
    17.02.2012 - 0 Comments
    Senarai 20 individu terkaya Malaysia sudah pun dikeluarkan oleh Majalah Malaysian Business. Jika dilihat,…