Awas menghisap rokok sebaik berbuka mengundang maut! ~ Bila Han Bercerita

Friday, 27 July 2012

Awas menghisap rokok sebaik berbuka mengundang maut!

Awas menghisap rokok sebaik berbuka mengundang maut


Berbuka puasa dengan menghisap rokok boleh membawa maut, kata seorang pakar yang menggesa orang Islam membuang tabiat merokok ketika Ramadan.

Perbuatan merokok boleh memberi bahaya kepada seseorang yang berpuasa kerana anggota badan mereka cuba untuk pulih selepas tidak minum atau makan dalam tempoh yang lama, katanya. Pakar itu juga menekankan, perokok dikira bernasib baik sekiranya mereka tidak mempunyai masalah jantung berpunca daripada tabiat berkenaan.
Merokok adalah perkara buruk yang dilakukan seseorang terhadap badan mereka terutama selepas berbuka puasa di bulan Ramadan, kata seorang pakar perubatan dalaman di Pusat Perubatan dan Klinik Emirates di Al Ain, Dr Riaz Ahmad Minhas.

Disebabkan berpuasa, badan amat memerlukan air, glukos dan oksigen. Sebaliknya, merokok boleh menyekat saluran darah, menghalang aliran oksigen yang diperlukan. Merokok pada waktu kritikal juga boleh menyebabkan darah menjadi beku.

Ini boleh menyebabkan pembuluh darah tersekat sekali gus meningkatkan tekanan darah, spasms (kesesakan arteri) mengganggu degupan jantung dan meningkatkan kolesterol.

Ia boleh menyebabkan perokok maut. Sebab itu, perokok perlu berhati-hati dalam perkara ini, kata Dr Minhas. Agensi- sumber

Share:

Related Posts:

0 comments:

Post a Comment

loading...

Spectacular Promotions

Blog Archive

Artikel Random

  • GILA !! LELAKI KAHWIN SEKALI ENAM ISTERI !!
    07.03.2012 - 0 Comments
    KOTA BHARU: Bermodalkan air liur dan putar belit, seorang lelaki berusia 50-an di sini, dikatakan licik…
  • Utusan malaysia dan tv3 disaman rm100juta
    12.07.2012 - 0 Comments
    Bekas Menteri Besar Perak Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin memfailkan saman fitnah berjumlah RM100…
  • Remaja 14 Tahun Ini Buktikan Dengan Menukar Font Tulisan, Kerajaan AS Mampu Jimatkan US$400 Juta
    05.11.2014 - 0 Comments
    Seorang remaja berusia 14 tahun yang berasal dari Pennsylvania telah berjaya mencari jalan bagi membantu…
  • Ustaz Don Kini Bergelar Suami Kepada Husna
    23.08.2012 - 0 Comments
    Alhamdulillah,sedar tak sedar kahwin dah ek ustaz don ni..baru je buat entri tentang kad kahwin ustaz kat…
  • 10 Fakta Menarik Tentang Telur Ayam
    14.07.2012 - 0 Comments
    1) Telur ayam mempunyai nilai penggunaan protein (net protein utilization) 100 % berbanding dengan…