Pergh Tujuh jam berbaris beli burger ~ Bila Han Bercerita

Wednesday, 11 July 2012

Pergh Tujuh jam berbaris beli burger


Tujuh jam berbaris beli burger
Burger lima inci jadi tumpuan di La Salle, Manila.


MANILA - Lebih 1,500 penduduk di bandar Manila sanggup beratur panjang bagi menikmati hidangan burger setinggi lima inci pada harga istimewa di Zark's Burgers, terletak di bandar La Salle, Manila, Filipina sempena 'Jawbreaker Day'.

Burger setinggi lima inci itu mengandungi tiga lapis daging, sos keju sayuran dan sos yang dicipta sendiri oleh syarikat berkenaan.

Pemiliknya, Zark berkata, pada hari biasa burger itu dijual pada harga 250 peso (RM19), namun sempena 'Jawbreaker Day' burger berkenaan dijual pada harga 150 peso (RM11).

Menurutnya, sebahagian pelanggan sanggup beratur selama tujuh jam untuk mendapatkan burger berkenaan.

"Kami membuat perubahan dengan mengadakan 'Jawbreaker Day' setiap minggu berbanding sebulan sekali sebelum ini. Mereka yang inginkan burger ini perlu membeli kupon tiket sebagai tempahan awal," katanya.

Beliau berkata, 'Jawbreaker Day' juga menganjurkan pertandingan menikmati burger, kentang goreng dan teh ais terpantas secara percuma.

sumber

P/s : giler kentang!! tujuh jam tu der.semata2 kerana berger..kat shah alam pon ada burger besar.Yazid Burger.orang sanggup beratur panjang untuk dapatkan burger.mana penah lenggang dowh kedai burger dorang..sebab saiz XXL.King size punya burger dengan isi burger padat..ada masa depan dalam dunia burger.haha
Share:

Related Posts:

0 comments:

Post a Comment

loading...

Spectacular Promotions

Blog Archive

Artikel Random

  • Gambar Kemalangan Maut Nissan GTR Dan Skyline Di Kuantan
    08.10.2012 - 0 Comments
    Okay,kalau sebelum ni aku ada buat artikel mengenai kemalangan maut nissan gtr vs skyline dan hanya…
  • GEMPAR !! Yahoo Saman Facebook !
    14.03.2012 - 0 Comments
    SAN FRANCISCO: Yahoo! hari ini menfailkan saman di Mahkamah California terhadap Facebook selepas mendakwa…
  • COOL !! CARA PALING BERKESAN UNTUK MEMBERITAHU PADA KERAJAAN TENTANG KEROSAKN JALAN DAN MEMULIHKAN JALAN DENGAN SEGERA !
    14.03.2012 - 0 Comments
    nak tahu camne?check this out PROBLEM SOLVED.haha-9GAG
  • Inilah Restoran Paling Mahal Di Dunia
    05.12.2014 - 0 Comments
    PARIS - PERANCIS. Alain Ducasse at Plaza Athénée, yang bertapak di Hotel Plaza Athenee, Perancis mungkin…
  • Kod Rahsia Dalam Telefon Pintar Android
    26.09.2012 - 0 Comments
    1. Tests - *#*#0588#*#* – Ujian jarak sensor - *#*#2664#*#* – Ujian skrin sentuh - *#*#2663#*#* –…