GILA : RM50,000 Hangus Dalam Ketuhar ~ Bila Han Bercerita

Saturday, 28 July 2012

GILA : RM50,000 Hangus Dalam Ketuhar


RM50,000 Hangus Dalam Ketuhar


SYDNEY – Seorang lelaki mendapat pengajaran pahit kerana kesilapannya menyembunyikan wang di tempat tidak sepatutnya, lapor media Australia, semalam.

Lelaki tidak didedahkan identitinya itu menjual keretanya hujung minggu lalu dan mendapat bayaran sebanyak A$15,000 (RM49,473).

Untuk mengelak dicuri, lelaki terbabit mencari tempat yang jarang digunakan serta tidak disangka sesiapa.

Justeru, lelaki terbabit menyimpan wang berkenaan dalam ketuhar yang sangat jarang digunakan di rumahnya. Bagaimanapun, secara kebetulan isteri lelaki terbabit tergerak untuk menggunakan ketuhar berkenaan pada hari itu untuk memanaskan ketulan daging ayam.

Tanpa disedari wanita terbabit, wang itu turut rosak dalam ketuhar berkenaan. Lelaki itu berkata, dia bercadang menggunakan wang berkenaan untuk membayar semua hutangnya.

“Kini saya langsung tiada wang simpanan,” katanya. Menurut media, isteri wanita itu juga terlalu sedih dan tidak berhenti-henti menangis sebaik saja diberitahu keadaan sebenar. – AP

P/s :Pergh,apa pon takboleh lol

Share:

Related Posts:

0 comments:

Post a Comment

loading...

Spectacular Promotions

Blog Archive

Artikel Random

  • 12 FAKTA TENTANG AARON AZIZ YANG KORANG WAJIB TAHU
    14.03.2012 - 1 Comments
    1. Stage fright. Aaron seorang yang takut bila berada di atas pentas. 2. Sebelum makan, Aaron akan…
  • (Pelik) Minyak Wangi Dari Pizza Hut
    10.04.2017 - 0 Comments
    New York - Dengan usaha luar biasa yang bermula daripada rangkaian sosial, pihak Pizza Hut Inc. yang…
  • [FAKTA] Inilah Cili Spesies Terbaru Yang Terpedas Di Dunia
    05.11.2014 - 0 Comments
    Spesies cili Trinidad Moruga Scorpion dikenali sebagai cili yang terpedas di dunia. Tetapi, menurut rekod…
  • Farid Kamil Kurangkan Tawaran Aksi Selepas Patah Tulang Rusuk
    22.10.2014 - 0 Comments
    Pelakon Farid Kamil memberitahu dia kini mengurangkan  tawaran berlakon melibatkan aksi ngeri yang…
  • Awas! Bahaya WiFi Percuma Di Tempat Awam!
    10.02.2012 - 0 Comments
    Mungkin ramai yang suka atau sering online facebook, twitter, email dan sebagainya di tempat awam yang…