‎6 Kebaikan Mandi Sebelum Subuh ~ Bila Han Bercerita

Monday, 29 October 2012

‎6 Kebaikan Mandi Sebelum Subuh


‎6 Kebaikan Mandi Sebelum Subuh


menurut kajian sains, kandungan gas ozon pada waktu pagi lebih tinggi dari waktu lain. oleh itu, gas ozon ini juga amat penting untuk tubuh badan anda. jika anda mandi sebelum waktu subuh, ia bukan sahaja membersihkan malah memberikan kesegaran dan manfaat untuk tubuh badan anda. antara manfaatnya ialah :

1. kulit lebih lembut dan halus
pada waktu pagi selalunya anda akan memasang "water heater" untuk mendapatkan air yang hangat dan menghilangkan kesejukan. selepas ini, jika anda memiliki lingkaran hitam di bawah mata, mandi menggunakan air sejuk dapat mengurangkan kegelapan pada bawah mata. begitu juga dengan kuku, ia akan menjadi lebih sihat, kuat dan tidak mudah retak. kulit pula menjadi lebih lembut dan halus.

2. melancarkan peredaran darah
jika peredaran darah anda lancar maka tubuh badan anda akan menjadi lebih sihat dan bertenaga. malah anda juga boleh melakukan aktiviti seharian tanpa rasa letih.

3. meningkatkan kesuburan
kesihatan tubuh badan manusia akan mendapat reaksi yang positif apabila anda mandi pada waktu pagi. ia dapat meningkatkan hormon testosteron pada lelaki dan hormon estrogen untuk wanita.

4. mengurangkan risiko darah tinggi
untuk anda yang memiliki penyakit darah tinggi, mungkin ini merupakan salah satu cara untuk anda mengurangkan penyakit anda. Insya ALLAH, dengan izin ALLAH, jika ia diamalkan selalu, penyakit anda akan pulih.

5. mengurangkan tekanan serta tenang
air yang sejuk akan melancarkan kembali peredaran darah setelah lama berbaring. buat anda yang mengalami depresi, inilah cara yang terbaik utk anda menghilangkannya. oleh itu, ubahlah tabiat kpd mandi pagi sebelum subuh.

6. meningkatkan sel darah putih
mandi dengan air sejuk, ia akan meningkatkan sel darah putih di dalam tubuh badan. apabila sel darah putih banyak, maka daya tahan penyakit dan tubuh badan boleh melawan virus. oleh itu, anda tidak mudah untuk dijangkiti dengan sebarang penyakit.

sumber

Share:

Related Posts:

0 comments:

Post a Comment

loading...

Spectacular Promotions

Blog Archive

Artikel Random

  • Bra Zaman Pertengahan Berusia 600 Tahun Ditemui
    25.08.2016 - 0 Comments
    Pakaian dalam wanita yang menyerupai bra tersebut telah ditemui di sebuah istana Zaman Pertengahan di…
  • Penderma Sperma Percuma Di AS Disiasat
    16.03.2012 - 0 Comments
    WASHINGTON – Seorang lelaki yang mendermakan spermanya sedang disiasat pihak berkuasa sama ada dia…
  • GEMPAR !! Sazali anak P. Ramlee terlantar sakit
    20.02.2012 - 0 Comments
    SAZALI yang kini terpaksa menggunakan kerusi roda untuk bergerak ketika ditemui di Semenyih…
  • Doktor Didenda AS$90,000 Kerana Gurauan Bom Dalam Bagasi
    02.12.2014 - 0 Comments
    MIAMI: Gurauan seorang doktor yang memberitahu terdapat bom di dalam bagasinya di Lapangan Terbang…
  • Browser Terbaik Untuk Pengguna Android
    25.02.2012 - 2 Comments
    Sejak kebelakangan ini, ramai orang yang suka online hanya menggunakan telefon pintar kerana lebih mudah…