Kapal mewah peninggalan Steve Jobs ~ Bila Han Bercerita

Tuesday, 30 October 2012

Kapal mewah peninggalan Steve Jobs


Kapal mewah peninggalan Steve Jobs
GAMBAR yang dirakamkan daripada YouTube semalam menunjukkan kapal mewah Venus sepanjang 80 meter.

NEW YORK - Pencapaian terakhir pengasas bersama firma komputer Apple di Amerika Syarikat, Steve Jobs (gambar) sebelum beliau meninggal dunia ialah sebuah kapal sepanjang 80 meter, lapor akhbar dalam talian MailOnline kelmarin.

Namun, Jobs tidak berpeluang menggunakan kapal itu kerana ia baru disiapkan pada bulan ini, setahun selepas kematiannya.

Ia yang dibina sebuah syarikat pembinaan kapal di Belanda diberi nama Venus.

Kos pembinaan kapal berkenaan tidak dapat dipastikan.

"Saya tahu, saya mungkin meninggal dunia dan meninggalkan isteri saya, Laurene bersama sebuah kapal yang separuh siap," kata Jobs kepada penulis biografi, Walter Isaacson.

Jobs yang meninggal dunia pada Oktober 2011 akibat komplikasi kanser pankreas tidak sempat melihat kapal berkenaan siap sepenuhnya.

Keluarga Jobs memberikan alat pemain muzik iPod Shuffle kepada setiap kru yang membantu membina kapal tersebut.

Antara peralatan canggih yang terdapat dalam kapal itu ialah komputer iMac. - Agensi
Share:

Related Posts:

0 comments:

Post a Comment

loading...

Spectacular Promotions

Blog Archive

Artikel Random

  • Tips : Berkumur Dengan Air Kunyit Untuk Atasi Masalah Gigi Berlubang
    22.04.2017 - 0 Comments
    Menderita sakit gigi sangat menyakitkan. Bermula dengan gusi yang bengkak, rasa ngilu dan…
  • COOL : BERLATIH PAKOUR LVL 900
    13.05.2012 - 0 Comments
    hey guys,sebenarnya harini gua malas nak berblogwalking.jadi merayau kat youtube tengok dorang training…
  • Inilah 7 Khasiat Minyak Kelapa Yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    09.04.2017 - 0 Comments
    Selain untuk perawatan kulit dam digunakan dalam masakan, inilah 7 kegunaan minyak kelapa yang tidak…
  • 37 Fakta Mengenai Lynas Yang Kita Wajib Tahu
    02.03.2012 - 1 Comments
    Okay, hari ni, aku nak cerita pulak pasal fakta mengenai Projek Lynas sumber asal dari malaysiawave yang…
  • Yogurt Khas Untuk Kaum Lelaki
    04.03.2013 - 0 Comments
    Yogurt kini telah menjadi salah satu makanan alternatif sihat yang sangat popular di pasaran. Bahan…